Cara Bayar i-Suri KWSP EPF Melalui Maybank2u Online

Posted on

i-Suri KWSP adalah program yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan orang yang berkelayakan untuk membuat pengeluaran wang simpanan mereka sebelum tamat tempoh simpanan.

Ini bermakna, orang yang berkelayakan boleh mengeluarkan wang simpanan mereka sebelum mencapai umur 55 tahun atau sebelum berhenti kerja.

Tutorial kali ini adalah bagaimana cara membuat pembayaran i-Suri atau KWSP ataupun yang dikenal sebagai EPF secara online melalui Maybank2u. Jadi lepas ni dah tak perlu ke kiosk KWSP semata-mata nak membuat pembayran i-Suri dan EPF.

Cara Bayar i-Suri Melalui Maybank2u

Cara Bayar i-Suri Melalui Maybank2u

So, untuk artikel kali ini jom kami terangkan cara bayar i-Suri melalui Maybank2u sebagai berikut:

  1. Langkah yang pertama, login dulu portal Maybank2u.
  2. Yang ini kami gunakan Maybank2u versi lama ya.
    Cara Bayar i-Suri Melalui Maybank2u via Online Banking
  3. Langkah yang kedua klik pada menu Investment. Dekat sini Anda perlu klik pada EPF.
    Cara Bayar i-Suri Melalui Maybank2u via Online Banking Portal
  4. Lepas tu dekat sini Anda boleh klik pada bahagian Add untuk tambah maklumat ahli, tapi kalo Anda tak nak tambah maklumat ahli Anda boleh terus klik pada bahagian EPF Open Payment.
  5. Macam kami, kami tak nak tambah maklumat ahli, kami nak terus membuat pembayaran, jadi kami klik pada Open Payment sahaja.
    Cara Bayar i-Suri Melalui Maybank2u via Online Banking Website
  6. Dan dekat sini, selain untuk bayar diri Anda sendiri, Anda boleh membuat pembayaran untuk orang lain. Contohnya macam kita membuat bayaran EPF untuk abang Anda, atau membuat bayaran i-Suri untuk mak dan rakan Anda, Anda boleh buat dekat sini. Tapi yang paling penting Anda mestilah mempunyai maklumat EPF mereka.
  7. Pada bagaian EPF Account Type ni, ada dua pilihan Iaitu Self Contribution dan i-Saraan/i-Suri Contribution untuk Self Contribution ni kalo Anda nak mencarum diri Anda sendiri, contohnya macam Anda peniaga, bila Anda peniaga Anda bos jadi Anda kena bayar lah EPF untuk diri Anda, so Anda klik pada bahagian Self Contribution.
  8. Macam artikel kami yang ni, kami nak membuat pembayaran i-Suri, so kami klik pada bahagian i-Saraan/i-Suri Contribution.
  9. Lepas tu Anda perlu masukkan Nama Penuh ahli, so Anda taip je dan lepas dah siap Anda masukkan pula Nombor Kad Pengenalan Ahli.
  10. Lepas tu Anda juga perlu masukkan Nombor EPF ahli dan akhir sekali Anda perlu masukkan jumlah yang Anda nak mencarum, RM60 bagi setahun i-Suri.
  11. Bila dah siap isi semua maklumat yang diperlukan, Anda klik pada bahagian Continue.
    Cara Bayar i-Suri Melalui Maybank2u via Online Website
  12. Langkah seterusnya Request TAC dan Confirm Payment Detail.
  13. Dekat sini Anda perlu semak semua butiran yang Anda isikan tadi, sekiranya maklumat yang dah Anda isi tu betul dan dah tepat bolehlah Anda klik pada bahagian Request TAC.
  14. Lepas tu Anda masukkan Nombor TAC yang dihantar ke sms Anda, dan Anda tekan Confirm.
    Cara Bayar i-Suri Melalui Maybank2u via Internet Banking Portal
  15. So dah pun berjaya. Oke dan dekat sini Anda perlu pastikan status dia adalah berjaya dan bila dah berjaya barulah Anda boleh Print Receipt.
    Cara Bayar i-Suri Melalui Maybank2u via Internet Website
  16. Tapi sekiranya keluar reject pada status tu, Anda perlu cek semula Nombor EPF, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan mungkin ada kesalahan salah satu butiran sahaja.

Jadi itulah perkongsian kami kali ini, cepat dan mudah je sebenarnya untuk membuat pembayaran melalui Maybank2u yang penting kita kena ada semua maklumat EPF ataupun maklumat i-Suri Anda.

Kalau Anda nak dapatkan resit transaksi untuk bukti, Anda boleh ikuti artikel ni cara dapatkan semula resit transaksi Maybank secara online.

Soalan Lazim

Pertanyaan dan jawapan dibawah ni maybe boleh membantu Anda.

1. Kalau dapat surat dari KWSP layak mencarum i-Suri, boleh terus buat pembayaran di mybank2u atau kena pergi KWSP dulu?

Dekat surat dari KWSP tu ada nyatakan tak nombor keahlian KWSP, kalau ada Anda boleh terus mencarum tapi kalau tak de kena ke pejabat untuk dapatkan nombor ahli.

2. Kalau kita baru daftar dan nak check balik dalam i-akaun duit yang kita bank in to kena tunggu 24 jam ke?

Biasanya 1 hingga 3 hari bekerja ye.

3. Apa hanya Maybank2u di website je ke boleh? Sebab dekat m2u dalam phone tak de keluar untuk investment?

Ada je dekat phone, cuba Anda cari di bahagian pay ye, lepas tu Anda scroll sampai jumpa EPF.