Kepada anda yang ingin membuat pendaftaran ataupun yang ingin menukar nombor telefon Maybank anda.
Anda jangan risau, anda baca artikel ini betul-betul. Sebabnya dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara-cara untuk menukar dan mengemaskini nombor telefon bimbit Maybank.
Cara membuat pendaftaran nombor telefon baru kali pertama, kepada anda yang masih belum lagi membuat pendaftaran nombor telefon bimbit, maksudnya anda masih belum mempunyai akaun Maybank2u.
Cara Daftar No Telefon Maybank
Kami nasihatkan Anda untuk daftar no telefon Maybank di kaunter, sebab pegawai bank boleh bantu Anda sekiranya Anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan.
- Langkah yang pertama, anda perlu ke kaunter mana-mana cawangan Maybank untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda.
- Bila anda di kaunter anda perlu isi dan lengkapkan Electronic Banking Services EBS.
- Lepas tu anda perlu serah borang berkenaan kepada pegawai untuk tujuan pemprosesan, Seterusnya anda dah boleh mendaftar akaun Maybank2u online anda.
Cara menukar ataupun kemaskini nombor telefon Maybank anda, ini bagi mereka yang dah pun membuat pendaftaran kali pertama.
Ada 2 cara untuk kemaskini ataupun tukar nombor telefon, yang mana cara yang pertama adalah melalui mesin ATM, dan cara yang kedua melalui kaunter Maybank
1. Kemaskini Nombor Telefon via ATM Maybank
Di bawah ini adalah langkah cara kemaskini handphone Maybank melalui ATM:
- Anda masukkan Kad ATM anda di bahagiaan yang disediakan.
- Lepas tu anda masukkan Nombor PIN ATM dan Pilih Bahasa.
- Lalu anda pilih Maybank2u/Phone Banking/SMS Alerts.
- Kemudian anda tekan kemaskini Telefon Bimbit M2U TAC.
- Anda masukkan Nombor Telefon Bimbit yang baru.
- Lepas tu bila dah siap, dan kalo udah ok anda tekan Ya.
- Jadi, lepas ini jika anda membuat sembarang transaksi, Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon yang anda baru kemaskini.
Tak boleh login Maybank2u setelah kemaskini no telefon? Tak perlu risau, sila baca artikel cara reset password dan username Maybank2u.
2. Kemaskini Nombor Telefon via Kaunter Maybank
Anda perlu ke kaunter mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran dan pengemaskinian.
- Sebelum pergi ke cawangan Maybank, sila bawa kad pengenalan, kad ATM/debit dan no telefon baru.
- Ambil nombor giliran.
- Setelah nombor giliran Anda di panggil, beritahu staff bank bahawa Anda ingin menukar no telefon Maybank lama dengan no telefon Maybank baru.
- Tunggu staff update no HP Anda. Selesai.
Cara Menukar No Telefon Maybank Online
Sekiranya Anda memperolehi maklumat yang menyatakan bahawa pengemaskinian no HP boleh melalui online, maklumat tersebut tidaklah betul. Sebab pertukaran nombor TAC Maybank2u, tidak boleh dilakukan secara online ataupun melalui Maybank2u. Ia hanya boleh dilakukan melalui kaunter autaupun mesin ATM Maybank.
Jadi itu sahaja perkongsian saya kali ini, semoga bermanfaat.