Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan Maybank2u

Posted on

Sekarang ni perkhidmatan online banking Maybank2u semakin popular kerana ia sangat mudah digunakan. Namun, dengan popularitinya itu juga meningkatkan risiko kecurian atau penipuan.

Untuk elakkan kecurian dan scammer, Maybank telah menyediakan fungsi frasa keselamatan di Maybank2u untuk melindungi akaun pelanggan dari sebarang ancaman.

Perkongsian kami kali ini adalah cara untuk tukarkan frasa keselamatan dan juga soalan keselamatan untuk Maybank2u, so kepada Anda yang nak tukar frasa keselamatan ataupun soalan keselamatan untuk Maybank2u, Anda boleh follow step yang kami tunjukkan dalam artikel kali ini.

Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan Maybank2u

Apa Itu Frasa Keselamatan

Frasa keselamatan Maybank2u adalah kombinasi dari kata-kata atau frasa yang ditentukan oleh pelanggan yang digunakan sebagai tambahan pengesahan ketika melakukan transaksi online di Maybank2u.

Frasa keselamatan ini akan digunakan untuk mengesahkan transaksi yang dilakukan dan melindungi akaun Anda dari sebarang kecurian atau penipuan.

Anda akan diminta untuk memasukkan frasa keselamatan setiap kali Anda melakukan transaksi di Maybank2u.

Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan Maybank2u

Jadi dalam artikel ini kami telah sediakan cara untuk tukar frasa keselamatan dan soalan Maybank2u.

  1. Oke untuk permulaan, macam seperti biasa kita perlu menggunakan website Maybank2u.
  2. So seterusnya Anda perlu Login Akaun Maybank2u Anda.
  3. Anda perlu masukkan Username, kemudian Anda masukkan Password.
  4. Lepas dah siap masukkan Username dan Password, Anda klik je Login.
  5. Untuk Anda tukarkan Security Phrase ataupun Security Version, Anda perlu kebahagian Settings.
    Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan guna Maybank2u Online Portal
  6. Dan dekat sini Anda perlu pilih bahagian Security.
  7. Oke untuk Anda tukarkan Frasa Keselamatan, Anda perlu klik pada bahagian Security Phrase.
  8. Dan pada bahagian Security Phrase, Anda masukkan Frasa Keselamatan yang baru.
  9. Lepas Anda dah siap masukkan frasa keselamatan yang baru, lalu Anda klik pada bahagian Save Changes.
    Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan guna Maybank2u Online Webiste
  10. Dan dekat sini Anda perlu membuat Pengesahan TAC, oke untuk pengesahan TAC, Anda perlu klik pada bahagian Request.
    Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan via Maybank2u Online Portal
  11. Dan nombor TAC akan dihantarkan seperti biasa ke SMS Anda. So apa yang Anda perlu lakukan adalah, Anda perlu semak SMS Anda dan masukkan Nombor TAC yang Anda terima tadi pada bahgian yang tersedia, lepas tu Anda klik Confirm.
    Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan via Maybank2u Online
  12. So Anda dah pun siap tukarkan Security Phrase yang baru.
  13. Oke untuk Anda yang nak tukarkan Soalan Keselamatan, Anda perlu klik pada bahagian Security Questions.
  14. Lepas tu dekat sini Anda perlu membuat 3 Pilihan Soalan Keselamatan. Sila pilih soalan yang Anda rasa sesuai, dan Anda boleh lah masukkan jawaban untuk persoalan tersebut dan bila Anda dah siap pilih ketiga-tiga soalan dan Anda dah siap masukkan jawapan untuk ketiga-tiga soalan tadi.
    Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan via Maybank2u
  15. Anda perlu klik Request untuk Anda dapatkan Secure Verification dekat aplikasi Maybank2u Anda.
    Cara Tukar Frasa Keselamatan dan Soalan via Maybank2u Portal
  16. So Anda klik Pengesahan pada aplikasi Maybank2u Anda dan Anda pun selesai setkan 3 Soalan Keselamatan yang baru untuk akaun Maybank2u Anda.

Kalau Anda tak boleh login Maybank2u, sila ikuti langkah cara reset password dan username Maybank2u.

Untuk maklumat Anda, frasa keselamatan dan soalan keselamatan ni Anda perlu tukar setiap 3 bulan sekali, tujuan dia adalah untuk keselamatan akaun Maybank2u Anda. Tapi kalau Anda tak nak tukar pun tak apa tak ada masalah Anda disarankan sebenarnya.