Dalam transaksi perbankan seperti pemindahan dan pengeluaran, pasti ada had yang ditetapkan oleh bank. So perkongsian kami kali ini adalah cara untuk ubah limit ataupun had pengeluaran BSN melalui mesin ATM BSN.
Jadi kepada yang nak membuat pertukaran limit pengeluaran Anda boleh follow step yang akan kami tunjukkan dalam artikel ini.
Cara Tukar Limit Pengeluaran BSN
Berikut adalah langkah cara ubah limit pengeluaran BSN melalui mesin ATM BSN.
- Anda perlu Masukkan Kad ATM Anda dibahagian yang telah disediakan. Kemudian hanya perlu tunggu sekejap, sehingga kad Anda telah selesai diproses.
- Sila pilih Menu Bahasa yang Anda ingin gunakan.
- Lepas tu sila masukkan No Pin Kad Atm Anda.
- Dan untuk paparan seterusnya ini, sila pilih Ya.
- Dekat menu pilihan urusan, Anda perlu pilih Pertukaran Pin/Urusan Lain.
- Sekarang Anda perlu pilih Tukar Had Pengeluaran. Sila masukkan had pengeluaran yang Anda nak. Contohya pengeluaran dana RM500, Anda masukkan RM500. Kalo Anda RM5000, Anda masukkan RM5000. Lepas Anda dah siap masukkan had pengeluaran yang Anda nak perlu pilih Ya.
- Lepas tu dia akan keluar paparan macam ni, sekiranya Anda nak meneruksan tarnsaksi lain Anda boleh pilih saja Ya.
- Tapi kalo Anda tak nak, Anda boleh pilih tidak.
- Dan akhir sekali Anda boleh ambil kad atm BSN Anda. Dan Anda pun selesai membuat pertukaran limit ataupun had pertukaran BSN Anda melalui mesin ATM.
Baca juga cara check no akaun BSN di ATM apabila Anda terlupa nombor akaun.
Soalan Lazim
1. Saya buat akaun sebab terima biasiswa kecil persekutuan, cekgu kata limit dua bulan boleh keluarkan sekali RM150, sekarang saya dah habis sekolah limit tu ada lagi ke? Kalau ada boleh tukar macam kena pergi bank?
Saya rasa seeloknya Anda ke kaunter ya, sebabnya status Anda dekat sistem adalah sebagai pelajar ya, Anda kena tukar dulu ye, lepas tu baru boleh tukar melalui mesin ATM.
2. Hanya boleh tukar limit di bank BSN sahaja ke ?
Untuk kad BSN Anda hanya boleh tukar melalui mesin atm BSN sahaja ya.
3. Saya nak tanya kalo kita dah keluarkan duit had limit RM5000. Bila pula kita boleh keluarkan wang selebihnya?
Keesokan harinya ya, kena cukup 24 jam selepas transaksi yang pertama.
4. Kenapa saya nak ambik duit tak boleh, dia keluar resit sahaja?
Mungkin kad Anda dah expire tu, cuba tengok tarikh expired.
5. Kalau nak tukar had pengeluaran kena guna mesin BSN ke?
Betul.
6. Selepas saja tukar kita terus boleh keluarkan duit ke?
Iya, betul.