Cara Topup TouchNGo Guna Online Banking Maybank

Posted on

Topup Touch n Go (TNG) guna online banking sangat mudah dan cepat, hanya perlu 30 detik sahaja untuk tambah nilai TNG Anda.

Untuk melakukan topup TNG ke dalam eWallet TouchNGo Anda, Anda perlu log masuk ke dalam akaun online banking Anda dan mencari pilihan untuk topup akaun TNG. Kemudian, Anda perlu memasukkan jumlah yang ingin ditambahkan ke dalam TNG Anda dan mengesahkan transaksi.

Sebelum tambah kredit, pastikan Anda mempunyai aplikasi TNG yang aktif sebelum melakukan topup. Juga pastikan bahawa Anda mempunyai cukup wang dalam akaun online banking Anda.

Untuk kali ini kami nak kongsikan kepada Anda cara untuk topup touch n’ Go menggunakan online banking Maybank2u, jom semak caranya dibawah ini.

Cara Topup Touch n Go Guna Online Banking

Cara Topup Touch n Go Guna Online Banking

Langkah-langkah cara reload TouchNGo guna Maybank2u boleh Anda ikuti di bawah ni.

  1. Pertama sekali Anda buka aplikasi Touch n’Go eWallet. Lepas tu pada menu utama ni, Anda klik pada butang Reload.
    Cara Topup Touch n Go Guna Online Banking
  2. Anda boleh guna 3 kaedah berbeda untuk topup wallet TNG Anda. Anda boleh guna GO+ Balance, eWallet Balance, dan Reload via DuitNow Transfer.
    Cara Topup Touch n GO Guna Online Banking via Application
  3. Pada tutorial ini kami pilih guna eWallet Balance.
  4. Lalu masukkan Amount yang Anda nak topup kan ke TNG wallet Anda. Bila dah setkan Amount, lalu Anda klik pada butang Reload eWallet.
    Cara Topup Touch n GO Guna Online Banking via Application
  5. Disini Anda boleh guna apa-apa saja untuk reload topup Anda, Anda boleh guna Credit/Card ataupun Online Banking. Pada tutorial kali ini, kami guna Online Banking. Anda pilih pada Online Banking.
  6. Lepas tu Anda pilih mana-mana bank yang Anda nak guna. Disini kami topup guna Maybank, lalu kami pilih Maybank.
    Cara Topup Touch n GO Guna Online Banking via Application
  7. Seperti biasa Anda akan diminta untuk login akaun bank Anda. Macam kami, kami gunakan Maybank2u.
  8. Sila masukkan Username Anda, lepas tu Anda klik pada butang Next. Seterusnya Anda masukkan pula Password Anda, lepas tu Anda klik pada butang Login.
  9. Lepas tu pada bahagian From Account Anda pilih mana-mana saja akaun yang Anda nak gunakan. Lalu Anda klik pada butang Continue.
    Cara Topup Touch n GO Guna Online Banking via Application
  10. Sila masukkan SMS TAC, sebelum tu Anda klik pada butang Request for TAC untuk terima TAC Kod tersebut.
  11. Bila Anda dah terima TAC kod tersebut, sila masukkan pada bahagian yang telah disediakan. Lepas dah siap, Anda klik pada butang Confirm.
    Cara Topup Touch n GO Guna Online Banking via Application
  12. So dah pun berjaya untuk topup Touch n’go wallet menggunakan online banking.
    Cara Topup Touch n GO Guna Online Banking via Application
  13. Dan Anda pun boleh tengok pada wallet TNG Anda untuk pastikan wang dah masuk ke akaun TNG Anda.
    Cara Topup Touch n GO Guna Online Banking via Application
  14. Wang pun dah bertambah dalam wallet di menu utama Touch n’Go Anda.
    Cara Topup Touch n GO Guna Online Banking via Application

Kalau Anda nak transfer duit dari eWallet TNG ke MAE Maybank, Anda boleh follow artikel cara transfer duit TouchNGo ke MAE Maybank ye.

Untuk makluman, TNG boleh diisi semula dengan cara topup melalui mesin ATM atau online banking bank lain. Tentu sahaja ini sangat memudahkan pengguna untuk sentiasa memastikan eWallet mereka mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan. So, itu sahaja yang dapat kami kongsikan dalam artikel ini.