BSN telah menyediakan perkhidmatan yang memudahkan pelanggannya mengakses perbankan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pelanggan boleh menyemak aktiviti perbankan mereka melalui perkhidmatan MyBSN transaction history.
Sejarah transaksi ialah rekod transaksi pada akaun simpanan bank yang menunjukkan aktiviti wang masuk dan keluar.
Dalam sejarah transaksi ini, ia dapat dilihat dengan jelas, bila duit masuk akaun Anda, kemana Anda membuat pemindahan, dan berapa baki akaun Anda.
Cara Semak Duit Keluar Masuk BSN
BSN transaction history ini diperlukan untuk pelbagai tujuan, antaranya sebagai bukti transaksi dan permohonan pinjaman peribadi. Check sejarah transaksi BSN boleh dilakukan secara online dan offline.
Sekiranya Anda nak check BSN transaction history offline, Anda hendaklah terus ke cawangan BSN yang berhampiran. Sementara itu, semakan online boleh dilakukan menggunakan perbankan internet MyBSN.
Berikut kami kongsikan step cara semak duit keluar masuk BSN melalui MyBSN online.
- Pertama Anda layari web rasmi BSN di www.mybsn.com.my
- Anda masukkan Username, berikutnya klik Login.
- Kemudian sahkan Online Image Anda, lepas tu masukkan Password. Berikutnya klik pada Login.
- Lepas tu pilih Account Overview. Kemudian Anda klik pada Account Number.
- Seterusnya Anda pilih Transaction History.
- Lalu Anda View Transaction For, lepas tu pilih Submit.
- Lepas tu akan muncul maklumat mengenai Transaction.
Bagi Anda yang tidak mempunyai akaun MyBSN, Anda boleh daftar MyBSN secara online sila ikuti step cara daftar BSN online.
Soalan Lazim
Mungkin pertanyaan di bawah ini boleh berikan Anda jawapan.
1. Kenapa ya tak keluar notis kalau ada duit masuk?
Memang sekarang ini dah tidak ada notis, Anda kena sentiasa semak secara online ye.
2. Tak de detail bila keluar masuk duit, kita pakai debit card tak de history?
Betul tu, memang tidak ada detail, hari tu dah tanya dengan pegawai, dan pegawai tu cakap memang tidak ada detail.
3. Online transfer BSN online tu hanya untuk BSN ke BSN sahaja ke? atau boleh ke account bank yang lain?
Boleh je ke bank lain.
Itu sahaja yang bisa saya kongsikan, saya harap dapat membantu Anda untuk menyemak duit keluar atau masuk MyBSN.