Cara Reset Password myTNB Untuk Yang Terlupa

Posted on

Bagi mereka yang belum mengenali myTNB, ia merupakan aplikasi rasmi dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membolehkan pengguna mengakses akaun utiliti elektrik dengan lebih mudah dan pantas.

Pengguna boleh mengetahui bil elektrik bulanan, membuat bayaran bil dan menguruskan perkhidmatan utiliti dengan lebih mudah melalui aplikasi ini.

Namun, seperti aplikasi-aplikasi lain, kepentingan mempunyai kata laluan yang kuat bagi akaun myTNB juga sangat penting. Sebab kata laluan yang kuat dapat memastikan akaun pengguna selamat dan terlindung daripada pihak yang tidak berkenaan.

Cara Reset Password myTNB

Cara Reset Password myTNB

Jika Anda terlupa kata laluan akaun myTNB Anda, jangan risau kerana terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.

Anda boleh menggunakan fungsi Terlupa Kata Laluan pada laman log masuk myTNB. Ia akan membawa Anda ke halaman set semula kata laluan di mana Anda perlu memberikan butiran emel.

Maklumat dan cara-cara reset kata laluan myTNB boleh Anda lihat dibawah:

  1. Pertama sekali Anda buka Aplikasi MyTNB, lepas tu Anda klik Log Masuk.
    Cara Reset Password myTNB via Online
  2. Lepas tu Anda klik terlupa Kata Laluan.
    Cara Reset Password myTNB via Online
  3. Masukkan alamat Email yang didaftarkan.
    Cara Reset Password myTNB via Online
  4. Seterusnya Anda klik Hantar.
    Cara Reset Password myTNB via Online
  5. Kod 4 Digit telah dihantar ke email Anda.
  6. Kod sementara ialah, Contoh: 8245.
    Cara Reset Password myTNB via Online
  7. Selepas memasukkan kod ini, Anda akan menerima Kata Laluan sementara di email Anda.
    Cara Reset Password myTNB via Website Portal Online
  8. Gunakan Kata Laluan sementara ini untuk log masuk ke akaun myTNB Anda.
    Cara Reset Password myTNB via Online Portal Website
  9. Lepas tu Anda klik Log Masuk.
  10. Cipta Kata Laluan baru dan sahkan Kata Laluan baru.
  11. Lepas tu Anda klik Hantar.
    Cara Reset Password myTNB via Online Portal Website
  12. Reset Kata Laluan telah berjaya.
    Cara Reset Password myTNB guna Online Website Portal
  13. Anda boleh log masuk seperti biasa, dengan Kata Laluan yang baru.
  14. Lepas tu Anda klik Log Masuk. Tahniah, Anda telah berjaya log masuk.
    Cara Reset Password myTNB guna Online Website Portal

Kami nasihatkan Anda untuk membuat password yang mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil, angka dan simbol. Sebagai contoh, gabungan kata laluan yang baik adalah “R@Hsia123!”.

Untuk makluman, sekarang ni pelanggan TNB boleh bayar bil elektrik melalui eWallet macam Boost dan TNG. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mengetahui cara bayar bil TNB guna Touch n GO.

Anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan TNB di talian 1-300-88-5454 atau melalui e-mel di care@tnb.com.my untuk membantu Anda mengatur semula kata laluan akaun myTNB Anda. Pastikan Anda menyediakan butiran pengenalan diri yang betul untuk memudahkan proses pengesahan Anda.

Sekiranya Anda masih mengalami masalah, Anda boleh mengunjungi cawangan TNB terdekat atau pusat khidmat pelanggan TNB untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan TNB.

Mereka akan membantu Anda mengatur semula kata laluan Anda dan memberikan nasihat mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan akaun Anda selamat dan terlindung.