AmBank adalah salah satu bank terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perbankan dalam talian kepada pelanggannya. Dengan menggunakan internet banking AmBank atau AmOnline, pelanggan boleh menjalankan pelbagai transaksi perbankan secara online, seperti pemindahan wang ke akaun bank lain, check baki, bayar bil, topup kredit dan banyak lagi.
Untuk boleh menggunakan AmBank online atau aplikasi AmOnline, pelanggan mesti mendaftar terlebih dahulu di cawangan AmBank yang terdekat atau register internet banking AmBank melalui laman website AmBank.
Selepas mendaftar, pelanggan akan dapatkan username dan password yang boleh digunakan untuk log masuk ke laman web perbankan internet AmBank ataupun app AmOnline. Perkongsian kali ini mengenai cara transfer guna Ambank AmOnline ke Maybank, sila ikuti step berikut ini.
Cara Transfer Ambank ke Maybank Online
Sila register AmBank online banking terlebih dahulu apabila Anda belum mempunyai akaun, sekiranya sudah mempunyai akaun di AmBank online banking/AmOnline, Anda boleh ikuti step berikut:
- Pertama sekali Anda lawati laman https://ambank.amonline.com.my, lepas tu klik pada butang Login.
- Lepas tu Anda masukkan Username, dan klik Log in now.
- Masukkan Password, lepas tu Anda klik Log in.
- Klik pada icon Transfer Money.
- Pada bahagian Transfer to, pastikan pilih Saving/Current.
- Untuk bahagian Bank name, Pilih Bank Penerima.
- Masukkan No. Akaun Penerima.
- Seterusnya Anda klik pada DuitNow.
- Lepas tu Anda masukkan jumlah amount yang Anda nak.
- Lalu Anda pilih Transfer Now.
- Rujukan, Anda boleh masukkan apa-apa sahaja sebagai rujukan.
- Other Details, Anda boleh masukkan tujuan pindahan wang dilakukan.
- Lepas tu Anda klik pada butang Continue.
- Anda perlu membuat pengesahan penerima terlebih dahulu.
- Seterusnya Anda klik Agree & Continue.
- Pengesahan TAC, Masukkan 6 digit No. TAC & Klik Confirm.
- Transaksi telah berjaya.
- Lepas tu Anda klik View Receipt.
- Resit ini boleh di cetak atau dimuat turun.
Cara Transfer Ambank ke Maybank Guna ATM
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memindahkan wang dari AmBank ke Maybank guna ATM.
- Pastikan Anda sudah mempunyai kad ATM.
- Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
- Pilih menu Pemindahan/Interbank Transaction (MEPS & IBG) pada skrin ATM.
- Pilih Transfer to Other Banks atau Interbank Funds Transfer (MEPS) untuk memindahkan wang ke akaun bank lain, seperti Maybank.
- Masukkan nombor akaun penerima. Jangan lupa untuk menyemak semula nombor akaun sebelum meneruskan.
- Masukkan jumlah wang yang nak dipindahkan, kemudian pilih Teruskan untuk meneruskan proses pemindahan.
- Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul, kemudian pilih Teruskan untuk menyelesaikan proses pemindahan.
- Tunggu sehingga proses pemindahan selesai.
Dengan AmBank online banking, pelanggan boleh membuat transaksi perbankan dengan mudah dan cepat, tanpa perlu datang ke cawangan bank.
Selain itu, perkhidmatan ini juga menyediakan keselamatan terbaik untuk melindungi wang pelanggan daripada scammer. Itu sahaja tutorial kali ini, semoga dapat membantu Anda semua.