Kalau Anda dah rasa internet bulanan Digi tak sesuai dengan keperluan atau nak tukar ke provider yang lain, mungkin dah tiba masa nak terminate langganan.
Berhenti langganan internet Digi bulanan sebenarnya tak susah sangat, tapi ramai yang masih tercari-cari cara yang betul.
Oleh sebab tu, hari ni kami nak share dengan Anda cara untuk terminate langganan internet bulanan Digi.
Cara Hentikan Langganan Internet Digi
Sebelum tu Anda kena download terlebih dahulu aplikasi MyDigi di Playstore ataupun Appstore dalam telefon bimbit Anda.
MyDigi app ni adalah satu aplikasi yang dicipta oleh Digi untuk memudahkan Anda menguruskan akaun Digi Anda.
Apa yang menarik tentang MyDigi ni ialah ia mempunyai banyak fungsi seperti check baki kredit, topup kredit, langgan internet, terminate langgan internet Digi dan banyak lagi.
Anda boleh mengakses aplikasi ni bila-bila masa dan di mana sahaja yang Anda suka.
Sebelum Anda berhenti melanggan internet Digi, Anda kena pastikan yang Anda memang dah tak nak guna internet bulanan Digi lagi sebab bila dah terminate, Anda akan kehilangan akses kepada internet bulanan Digi.
Namun, Anda masih boleh membeli atau langgan pelan internet Digi yang lain.
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi MyDigi, pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru kiri atas.
- Kemudian, tekan pada Settings.
- Pada bahagian Tetapan ini, tekan pada My Subscriptions.
- Untuk hentikan langganan pelan yang digunakan sekarang, sebagai contoh kami melanggan pelan RM20 untuk internet 15GB.
- Tekan saja paada butang ini untuk membatalkan langganan sedia ada.
- Selepas itu, sebagai pengesahan, tekan Confirm.
- Pembatalan langganan ini akan dilakukan terus.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status pembatalan langganan pelan tersebut.
- Selepas ini, Anda boleh menukar atau melanggan pelan internet yang lain.
Kalau nak topup kredit Digi, Anda boleh cuba ni ye cara topup kredit Digi melalui MAE by Maybank2u.
Ok lah, harap artikel ni membantu Anda yang tengah cari cara nak terminate langganan internet bulanan Digi. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya!