Pelanggan Bank Rakyat bukan sahaja boleh menggunakan perkhidmatan ATM, pelanggan juga boleh menggunakan iRakyat untuk urusan kewangan online tanpa perlu kena pergi ke cawangan Bank Rakyat.
Perkhidmatan iRakyat boleh diakses melalui online menggunakan browser Google Chrome, Firefox, Safari dan browser lainnya. Pelanggan hanya perlu menyediakan peranti komputer/laptop/smartphone dan sambungan internet, kemudian log masuk laman web irakyat.com.my
Ramai di kalangan pengguna iRakyat menghadapi masalah semasa menggunakan website ataupun aplikasi Bank Rakyat. Antara masalah yang biasa dihadapi adalah tidak boleh login iRakyat dan keluar status you have already login, ataupun terlupa password tapi bila kita nak coba password sistem akan paparkan not yet registered.
Cara Atasi Masalah Status You Have Already Login
So, untuk artikel kali ini jom kami terangkan apa tindakan yang Anda boleh lakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Semoga artikel ini bermanfaat
- Untuk masalah yang pertama Status You Have Already Login.
- Status macam ni akan dipaparkan sekiranya Anda mempunyai masalah untuk Anda Login i-Rakyat Anda. Dan biasanya masalah ini akan berlaku disebabkan oleh Anda keluar ataupun logout dari akaun i-rakyat Anda tanpa menekan icon ataupun butang Logout.
- Lepas tu Anda perlu Clear Cache ataupun Browsing History. Lalu Anda boleh login semula selepas 15 minit.
- Cara untuk Clear Cache ataupun Browsing History ni, bagi yang menggunakan laptop. Anda boleh klik Tiga Titik ni dipojok kanan atas dekstop Anda.
- Lepas tu Anda klik History.
- So nanti dia akan keluar macam ni, Anda klik sahaja pada Clear Browsing data.
- Pastikan pula Anda klik pada ruangan Browsing History, Download History, dan Cookies And Other Side Data. Lepas tu Anda klik Clear Data.
- Tunggu sehingga selesai. Dan Anda boleh Login semula seperti biasa.
- Bagi yang menggunakan telefon, stepnya sama sahaja. Yang mana Anda perlu klik pada bahagian Garis Tiga.
- Seterusnya Anda klik pada bahagian History.
- Next Anda klik pada Titik Tiga.
- Lepas tu Anda klik Delete.
Sekiranya Anda masih tak boleh login, sila cuba reset password dan username Bank Rakyat Anda.
Cara Atasi Masalah Status Not Yet Register
- Untuk masalah yang kedua pula adalah Anda tak boleh login sama ada Anda terlupa Password ataupun Anda nak Reset Password tapi tak boleh.
- Maka dia akan keluar status Not Yet Register.
- Untuk masalah ni mungkin akaun i-rakyat Anda telah pun disekat oleh sistem keselamatan i-rakyat. Jadi apa yang Anda perlu lakukan adalah Anda pelru hubungi call center i-rakyat disini 1-300-80-5454, untuk Anda membuka semula sekatan akaun i-rakyat Anda.
- Lepas Anda dah call i-rakyat barulah Anda boleh set Semula Password yang baharu.
Tips Elakkan i-Rakyat Disekat
Dan untuk tips elakkan disekat adalah bila Anda nak login kali pertama tak dapat, untuk login kali ke 2 dan seterusnya. Anda perlu tunggu dulu dan login semula selepas 5 atau 10 minit.
Maksudnya login kali pertama dan tak boleh menjadi mungkin lupa password ataupun lupa User ID, so Anda tunggu dulu 5 minit. Lepas tu Anda masukkan semula Password dan ID Pengguna dan Anda login seperti biasa.
So itu sahaja apa yang nak kami kongsikan dalam artikel kali ini, semoga artikel ini dapat membantu Anda