Cara Remove Unlink Akaun Tabung Haji Bank Islam

Posted on

Bagi Anda yang ingin unlink akaun Tabung Haji dengan akaun Bank Islam Anda, boleh baca habis artikel ini.

Ketika Anda link akaun Tabung Haji (TH) dengan Bank Islam, Anda boleh menjimatkan masa kerana Anda tidak perlu hadir ke kaunter TH untuk melakukan transaksi ataupun urusan akaun TH.

Namun, sekiranya Anda ingin hentikan perkhidmatan tersebut kerana suatu alasan ataupun sebab tertentu, Anda boleh ikuti step cara remove link akaun Tabung Haji Bank Islam di bawah ini.

Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam

Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam

Di bawah ini kami akan kongsikan mengenai cara remove link tabung haji dengan Bank Islam secara online:

  1. Pertama sekali anda perlu masuk ke laman utama bank islam online.
  2. Klik Bank Islam IB.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  3. Lepas tu klik Internet Banking Login.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  4. Lalu Masukkan User ID anda. Seterusnya anda klik Login.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  5. Lepas tu anda klik Yes.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  6. Masukkan Kata Laluan anda, kemudian anda klik Login.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  7. Klik My Accounts, lepas tu anda pilih Tabung Haji.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  8. Pilih dan klik akaun tabung haji, lalu klik De Link.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  9. Lalu anda klik Request I-Access Code.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  10. No IAC akan dihantar ke no yang berdaftar.
  11. Masukkan 6 Digit no IAC, lepas tu klik Confirm.
    Cara Remove Link Akaun Tabung Haji Bank Islam
  12. Status telah berjaya.
  13. Klik Back to Maintenance Page.
  14. Selesai.

Sekiranya Anda mempunyai masalah tak boleh login Bank Islam online, Anda boleh hubungi customer service Bank Islam untuk selesaikan masalah tersebut.

Anda juga boleh membuat pembatalan (de-link) akaun TH dengan kad ATM Bank Islam melalui aplikasi Bank Islam (Go by Bank Islam). Sila muat turun aplikasi Go by Bank Islam di Google Playstore atau App Store. Selain itu, pembatalan (de-link) kad ATM juga boleh dilakukan dengan menghubungi pihak Bank Islam.

Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang sangat diidamkan oleh umat Islam. Tidak semua orang mampu merealisasikannya kerana ia memerlukan kekuatan fizikal dan kewangan.

Sebagai satu bentuk ikhtiar, membuka akaun tabung haji adalah antara perkara yang dipilih oleh ramai orang untuk memenuhi impian mereka untuk beribadat di Mekah.

Kami berharap informasi yang diberikan telah menjawab pertanyaan Anda. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga ianya dapat membantu Anda semua