Bagi Anda yang merupakan pelanggan BSN dan sering melakukan transaksi pemindahan antara bank kini boleh memanfaatkan perkhidmatan DuitNow, dengan kos yang rendah.
DuitNow ialah perkhidmatan sistem pembayaran untuk memudahkan pembayaran yang lebih cekap, selamat dan real time.
Dengan DuitNow, Anda boleh membuat pindahan ke bank lain dengan bayaran yang rendah. Kini pelanggan BSN juga boleh menikmati perkhidmatan pemindahan DuitNow melalui perbankan internet MyBSN. Dalam artikel ini kami kongsikan langkah cara instant transfer BSN guna DuitNow.
Cara Transfer BSN Guna DuitNow Instant Transfer
DuitNow membolehkan pengguna memindahkan wang dengan mudah dan cepat kepada penerima yang mempunyai nombor telefon, ID DuitNow, No NRIC atau No Pasport yang didaftarkan dalam sistem DuitNow.
Selain itu, DuitNow juga membolehkan pengguna membayar bil dan membuat pembelian dalam talian dengan mudah.
Berikut kami kongsikan cara untuk transfer daripada akaun BSN ke akaun bank lain secara instant transfer ataupun duit terus masuk. So mari kita semak tutorial ni.
- Langkah pertama Anda perlu login masuk Anda punya MyBSN.
- Sebelum tu Anda pastikan bahagian transfer itu dah ada, tapi jika tak ada Anda boleh hubungi perkidmatan BSN di 1 300 88 1900.
- Ataupun Anda boleh tengok pada kad bank Anda pada bahagian belakang.
- So cara transfer, first sekali Anda klik pada Transfer.
- Lalu Anda pilih Interbank Funds Transfer.
- Lepas tu pada transfer type Anda pilih Duitnow.
- Seterusnya From Account pilihlah daripada akaun Anda.
- Lepas tu pada bahagian Transfer To, Anda pilih Account Number.
- Kemudian pada Recipient’s Bank Anda masukkan akaun bank yang Anda nak, contoh Anda pilih Maybank lalu Anda klik pada Maybank.
- Lalu Anda tulis Recipient’s Name, dan Nombor Akaun.
- Untuk transaction type ni Anda pilih Fund Transfer.
- Beneficiary Id Type dan Beneficiary ID ni adalah optional, Anda nak masukkan tak apa dan tak nak masukkan juga tak apa.
- Lalu Anda masukkan Amount Anda, contoh Anda nak Transfer RM10.
- Untuk Recipient Reference ni Anda boleh taip apapun je, contoh Anda boleh taip untuk Sewa.
- So apabila Anda dah selesai mengisi data untuk step 1, Anda akan di bawa ke step yang kedua.
- So nanti dekat bahagian bawah tu dia ada Request TAC, lalu Anda klik Request.
- Lalu pastikan Anda dah kemaskini nombor telefon nanti dia akan masuk nombor telefon 6 Digit Nombor.
- So Anda masukkan dekat bahagian yang disediakan.
- Lepas tu Anda tick kotak kecil Terma dan Syarat. So tekan Confirm.
- Bila Anda dah tekan Confirm, nanti dia akan bawa kepada paparan Transfer Acknowledgement.
- So apabila transaction ni succesful Anda boleh semak dekat akaun yang Anda transfer tu, masuk atau tidak.
- Sebab duitnow ni bersifat Instant Transfer.
- So ini adalah bukti bahwa wang dah masuk kepada akaun yang ditransfer.
Untuk membuat pemindahan melalui IBG, Anda boleh ikuti cara transfer duit BSN ke bank lain guna IBG transfer.
Tips Pemindahan Yang Selamat
Ada beberapa tips yang boleh Anda ikuti untuk memastikan pemindahan wang Anda selamat:
- Pastikan Anda menggunakan peranti yang selamat seperti komputer atau smartphone yang dilindungi dengan kata laluan yang kuat.
- Pastikan Anda menggunakan perkhidmatan perbankan internet BSN iaitu https://www.mybsn.com.my
- Pastikan Anda memasukkan maklumat pemindahan wang dengan teliti dan benar, termasuk nama penerima, nombor akaun, dan jumlah wang yang akan ditransfer.
- Pastikan Anda menyimpan resit atau bukti pemindahan wang untuk rujukan masa depan.
- Jika Anda mengalami sebarang masalah atau mendapati aktiviti yang mencurigakan semasa pemindahan wang, call customer service BSN untuk dapatkan bantuan.
Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara buat pemindahan melaluit DuitNow transfer MyBSN.