Anda semua pernah tak rasa risau dan terpaksa beratur lama untuk membuat deposit atau pengeluaran di akaun Tabung Haji? Atau mungkin Anda takut duit dalam akaun Tabung Haji Anda akan terlebih banyak dan tak terurus?
Jangan risau lagi sebab sekarang Tabung Haji dah ada cara untuk Anda menguruskan akaun Tabung Haji dengan lebih mudah iaitu dengan menghubungkan kad ATM CIMB, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat Anda dengan akaun Tabung Haji.
Dengan menghubungkan kad ATM Anda dengan akaun Tabung Haji, Anda boleh membuat deposit dan pengeluaran dengan mudah di mana-mana mesin.
Cara ni memang sangat berguna untuk Anda yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk pergi ke pejabat Tabung Haji untuk urusan yang biasa-biasa saja.
Selain daripada itu, dengan menghubungkan kad ATM Anda dengan akaun Tabung Haji, Anda juga dapat memantau baki akaun Tabung Haji Anda dan menjaga duit Anda dengan lebih baik. Senang kan?
Cara Link Kad ATM Dengan Akaun Tabung Haji
So, lepas nie kalau Anda nak membuat sembarang transaksi melibatkan Tabung Haji Anda hanya perlu menggunakan kad ATM bank Anda sahaja.
Jadi kami akan share cara untuk hubungkan ataupun link kad ATM bank Anda dengan akaun Tabung Haji Anda.
Link Akaun Tabung Haji Dengan ATM Maybank
- So untuk cara yang pertama iaitu melalui Kad ATM Maybank.
- Dekat sini Anda perlu masukkan Kad ATM Maybank Anda, beserta Nombor PIN.
- Kemudian Anda pilih menu Tabung Haji (TH).
- Tekan pada menu Daftar Akaun TH ke ATM Kad.
- Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji Anda.
- Kemudian Anda masukkan Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji Anda.
- Nanti akan keluar paparan Nombor Akaun dan Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji Anda, jom dekat sini Anda perlu semak semula.
- Pastikan semua maklumat tersebut betul, barulah Anda pilih Ya.
- So Anda dah pun berjaya link kad ATM Maybank Anda dengan akaun Tabung Haji Anda.
Link Akaun Tabung Haji Dengan ATM Bank Islam
- Bagi kad ATM Bank Islam pula, step dia hampir sama. Sila masukkan Kad ATM Bank Islam Anda dan masukkan Nombor PIN.
- Dan lepas tu Anda pilih Tabung Haji.
- Pilih pula daftar akaun TH-Sendiri.
- Dan Anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
- Kemudian Anda masukkan Nombor Akaun Tabung Haji.
- Masukkan pula Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji Anda.
- Lepas tu Anda pilih Teruskan.
- Dan Anda dah pun selesai.
Link Akaun Tabung Haji Dengan ATM Bank Rakyat
-
- Bagi pengguna Bank Rakyat pula, untuk pengguna Bank Rakyat.
- Anda perlu masukkan kad ATM Bank Rakyat Anda, beserta nombor PIN ATM.
- Lepas tu Anda perlu pilih menu Lain-lain.
- Kemudian pilih menu Teruskan.
- Dan seterusnya Anda pilih menu link akaun Tabung Haji/pendaftaran haji.
- Lepas tu Anda pilih menu link akaun sendiri.
- Dan dekat sini Anda perlu masukkan Nombor Akaun Tabung Haji Anda.
- Masukkan pula Nombor Siri Akaun Tabung Haji.
- Lepas tu nanti maklumat akan dipaparkan, so Anda semak dan bila semua ok Anda perlu pilih Sahkan.
- So dah siap untuk kad ATM Bank Rakyat.
Kalau nak tahu cara transfer duit Tabung Haji ke akaun Bank Rakyat secara online, Anda boleh ikuti step dalam artikel transfer duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat guna iRakyat ni.
Link Akaun Tabung Haji Dengan ATM CIMB
- Untuk yang terakhir melalui kad ATM CIMB.
- Dekat sini step dia sama, Anda perlu masukkan kad ATM CIMB.
- Dan masukkan pula nombor PIN ATM, lepas tu tekan menu Lain-lain.
- Pilih menu Tabung Haji.
- Dan Anda masukkan Nombor Akaun Tabung Haji Anda.
- Lepas tu Anda masukkan pula nombor siri buku akaun Tabung Haji Anda, dan Anda tekan ya jika nombor yang Anda masukkan tu betul.
- So Anda dah pun berjaya link kad akaun Tabung Haji Anda dengan akaun CIMB Anda.
Jadi untuk maklumat lanjut Anda boleh layari:
- Portal : https://www.thijari.com.my/
- FB: https://m.facebook.com/TabungHaji/
Soalan Lazim
Soalan yang kerap kami dapatkan:
1. Kalau guna kad ATM CIMB bank tapi guna mesin Bank Rakyat boleh tak hubungkan akaun Tabung Haji ?
Yang tu kami tak pasti pulak, Anda boleh cuba buat dulu ye
2. Kalau kita linkkan dia. Tabung Haji ke Maybank. So kita boleh keluarkan duit Tabung Haji ke melalui kad Maybank?
Boleh je, tapi ada had pengeluaran. Berapa tu kami tak pasti juga mungkin Anda boleh call customer service Tabung Haji untuk maklumat lanjut ye.
3. Kalau dah link boleh ambil duit dekat mesin ATM ke?
Boleh la kalau udah berjaya link, itu guna nya link tak payah susah-susah Tabung Haji nak keluar duit.