Sebelum ni, macam mana ye Anda mendepositkan wang ke akaun Tabung Haji Anda. Adakah Anda menggunakan kaunter untuk mendepositkan duit ke akaun Tabung Haji Anda.
Sekiranya Anda menggunakan kaunter, pernah tak Anda terfikir untuk menggunakan fungsian JomPAY untuk mendepositkan wang untuk transfer wang Anda ke akaun Tabung Haji Anda?
Di bawah ni kami akan kongsikan cara untuk transfer ataupun untuk mendeposit wang ke akaun Tabung Haji secara online menggunakan fungsian JomPAY.
Cara Simpan Duit ke Tabung Haji Online
Untuk maklumat Anda semua, fungsi JomPAY ni boleh digunakan semua bank Malaysia. Tak kisahlah kalau Anda nak guna akaun CIMB, Agrobank, Maybank, ataupun mana-mana bank yang berada di malaysia.
Berikut ni adalah langkah-langkah cara deposit wang ke Tabung Haji guna Maybank2u.
- Jadi mula-mula Anda perlu login dulu akaun Maybank2u Anda.
- Lepas tu Anda masukkan Username dan masukkan pula Password.
- Bila dah siap Anda perlu tekan Login.
- Dan dekat sini Anda perlu klik pada bahagian Pay & Transfer.
- Pada bahagian Pay ni, untuk Pay To Anda perlu klik pada bahagian JomPAY.
- Lepas tu masukkan Biller Code, oke untuk Biller Code ni kod untuk Tabung Haji adalah 60228.
- Lepas tu dah siap Anda tekan Press Enter.
- Untuk Reference-1 ni Anda taip nombor Tabung Haji Anda dan untuk Reference-2 pula Anda taip nombor kad pengenalan Anda ataupun Anda boleh masukkan nombor telefon Anda.
- Lepas tu Anda masukkan pula jumlah yang Anda nak deposit.
- Bila dah siap, Anda perlu klik pada kotak kecil ni lalu klik Pay.
- Lepas tu Anda klik Request Nombor TAC dan yang ni Anda perlu semak SMS Anda sebab Nombor TAC akan dihantar ke mesej Anda.
- Dan Anda masukkan Nombor TAC lepas tu tekan Confirm.
- So dah pun siap dan transaksi dah pun berjaya, sekiranya Anda nak print ataupun nak simpan atau save transaksi, Anda perlu klik pada Save Receipt.
- Dan Anda boleh Download
Itulah bagaimana cara deposit wang ke Tabung Haji melalui Maybank. Sangat mudah dan cepat, bukan? Dengan menggunakan sistem pembayaran dalam talian, Anda boleh memastikan bahawa deposit Anda diterima dengan cepat dan tanpa masalah.
Jangan terlepas peluang untuk menyertai Tabung Haji dan memastikan bahawa Anda mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan haji pada masa akan datang.
Untuk makluman, Anda juga boleh keluarkan duit Tabung Haji melalui Maybank2u.
Soalan Lazim
Berikut adalah soalan lazim mengenai Tabung Haji.
1. Kalau nak keluarkan duit Tabung Haji (transfer online) ke bank bsn macam mana ?
Tak boleh, Anda kena link dulu BSN dengan Tabung Haji tapi untuk link BSN rasanya tak de fungsi tu.
2. Kalau nak transfer dari Tabung Haji ke bank lain boleh tak?
Tak boleh transfer, Anda kena ke kaunter ataupun Anda link kan kad ATM Anda dengan akaun Tabung Haji Anda.
3. Kalau tak letak ref 2 takpe ke? Just masuk no acc Tabung Haji je
Tak pe tak de masalah, Anda janji nombor Tabung Haji yag Anda masukkan tu betul dan tepat ye.