Resit transaksi ialah dokumen yang merekodkan transaksi yang dibuat oleh pelanggan AmBank. Resit transaksi biasanya dikeluarkan oleh bank selepas pelanggan membuat transaksi, seperti deposit tunai atau pengeluaran, pemindahan wang atau transaksi melalui mesin ATM.
Resit transaksi boleh digunakan sebagai bukti seseorang telah membuat transaksi di bank. Resit trnasaksi biasanya mengandungi maklumat tentang jenis transaksi yang dibuat, tarikh dan masa transaksi, dan jumlah wang.
Resit transaksi juga boleh digunakan sebagai bukti pembayaran atau penerimaan wang. Sebagai contoh, jika Anda telah memasukkan wang ke dalam akaun bank penerima, maka resit transaksi yang dikeluarkan oleh bank boleh digunakan sebagai bukti pembayaran.
Berikut kami kongsikan langkah cara print semula resit transaksi AmBank melalui AmBank online banking atau AmOnline.
Cara Print Semula Resit Transaksi AmBank
Sila ikuti langkah-langkah berikut ini untuk dapatkan resit transaksi yang Anda inginkan.
- Pertama sekali Anda layari website AmBank pada google pencaharian.
- Lepas tu Anda search Keyword AmBank.
- Seterusnya Anda klik pada Link AmBank Malaysia paling atas.
- Lepas tu Anda klik Login.
- Kemudian Anda masukkan Username Anda. Klik Log in Now.
- Sahkan Security Image Anda, bila betul Anda klik Yes.
- Masukkan Password, lepas tu Anda klik Login.
- Untuk dapatkan resit transaksi yang lepas, Anda hanya perlu Scroll Down sahaja. Klik pada Filter, lalu Anda pilih Status : Successful.
- Anda boleh pilih resit transaksi yang diperlukan dengan cara klik sahaja rekod transaksi tersebut. Anda perlu klik pada View Receipt.
- Anda boleh download resit transaksi dengan klik pada Icon Download.
- Lepas tu Anda klik Save.
- Anda juga boleh terus mencetak resit transaksi berkenaan. Kemudian Anda klik Print.
Jika Anda tidak mempunyai akaun perbankan dalam talian AmBank (AmOnline), maka Anda tidak boleh mengakses perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh Ambank.
Perkhidmatan perbankan internet AmOnline adalah salah satu kemudahan yang ditawarkan oleh AmBank kepada pelanggan yang membolehkan pelanggan menjalankan transaksi kewangan secara online, seperti check baki, membuat pemindahan wang, atau membayar bil.
Untuk boleh menggunakan perkhidmatan perbankan internet AmBank, Anda mesti mempunyai akaun perbankan internet AmBank yang berdaftar dan aktif.
Sila register AmBank online banking agar Anda boleh gunakan semua ciri atau fungsi dalam AmOnline.