Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM

Posted on

Mesin CDM Public Bank adalah satu jenis mesin deposit tunai (cash deposit machine) yang disediakan oleh Public Bank Malaysia. Mesin CDM ni membolehkan Anda untuk mendepositkan wang tunai ke dalam akaun bank.

Pengguna hanya perlu memasukkan wang tunai ke dalam mesin CDM dan memasukkan maklumat akaun bank mereka seperti nombor akaun dan jumlah deposit.

Mesin CDM Public Bank akan mengeluarkan resit sebagai bukti deposit dan wang tunai tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank pengguna secara automatik.

Ia juga membolehkan pengguna untuk check baki akaun bank, membuat pembayaran pinjaman atau kad kredit, dan mengecek transaksi terkini di dalam akaun mereka.

Perkongsian kami untuk artikel kali ini adalah untuk deposit wang melalui mesin CDM Public Bank.

So kepada Anda yang nak mendepositkan wang ke akaun Public Bank tapi Anda malas nak ke kaunter, Anda bolehlah menggunakan mesin CDM.

Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM

Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM

Untuk mendepositkan duit ke dalam akaun bank Anda menggunakan mesin CDM Public Bank, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Oke mula-mula Anda perlu ke mesin CDM Public Bank.
  2. Kemudian Anda perlu masukkan Kad ATM ataupun Kad Debit Public Bank Anda. Kemudian pilih je Continue. Dan dekat sini Anda perlu pilih menu Bahasa.
  3. Lepas tu Anda perlu pilih Cash Deposit.
    Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM
  4. Lepas tu sila pilih jenis akaun Anda, kami punya adalah akaun simpanan, so kami klik dekat bahagian Akaun Simpanan.
    Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM
  5. Lepas tu Anda kena tunggu kejap dan dekat paparan yang seterusnya ni, dia akan paparkan nombor akaun Public Bank Anda serta nama penuh pemilik akaun.
  6. Sila pastikan Nama dan Nombor akaun adalah betul. Kalau betul, Anda klik Ya.
    Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM
  7. Dan Anda perlu klik Continue untuk next step.
    Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM
  8. Seterusnya Anda kena masukkan wang yang Anda depositkan tu dekat bahagian ataupun dekat slot deposit.
  9. Sila pastikan duit tersebut adalah duit kertas yang bernilai 10,20,50, dan RM100 sahaja.
  10. Maksimum jumlah kertas adalah 99 keping sahaja.
    Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM
  11. Lepas Anda dah masukkan duit tersebut, sila tunggu sebentar sehinggalah mesin selesai memproses wang Anda.
    Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM
  12. Dan dekat sini dia akan paparkan berapa jumlah wang yang Anda masukkan tadi, sila pastikan jumlah tersebut adalah betul, dan tepat.
  13. Kalau Anda nak tambah duit, Anda perlu klik dekat bahagian Tambah Wang, tapi kalau Anda tak nak, Anda klik je pada Ya.
    Cara Deposit Wang Public Bank Guna Mesin CDM
  14. Dan nanti dia akan keluar paparan macam ni, ini bermaksud transaksi Anda tadi dahpun berjaya.
    Cara Deposit Wang Public Bank using CDM Machine
  15. So apa yang Anda perlu lakukan adalah sila ambil resit Anda bersama dengan kad debit Public Bank Anda.

Ingatlah bahawa mesin CDM Public Bank hanya menerima wang tunai sahaja. Pastikan juga jumlah wang tunai yang dimasukkan adalah betul dan tidak melebihi had jumlah deposit yang dibenarkan oleh mesin CDM. Sila semak baki akaun Public Bank Anda secara online atau melalui mesin ATM untuk mengetahui baki akaun terkini.

Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses deposit, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Public Bank untuk mendapatkan bantuan.