Boleh dikatakan HP dan komputer adalah segala-galanya, kerana dengan telefon bimbit dan komputer, semua orang boleh memenuhi segala keperluan mereka daripada mencari maklumat, kerja dan juga membeli-belah dalam talian, hanya menggunakan telefon bimbit dan komputer.
Kaedah ini sememangnya menjadi trend sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi kini terdapat cukup banyak syarikat ecommerce seperti Shopee contohnya.
Shopee merupakan salah satu syarikat ecommerce yang terkemuka di Malaysia, sehingga kini terdapat ramai pengguna terutamanya untuk wanita.
Mengapa kami membuat kesimpulan ini, kerana tinjauan telah membuktikan bahawa kebanyakan wanita suka membeli-belah.
Jadi artikel kali ini kami akan kongsi untuk mereka yang ingin membuat pembelian dan pembayaran shopping menggunakan Shopee. So apa tunggu lagi, jomlah kita ke bahagian tutorial.
Cara Beli dan Bayar Barang Shopee Guna BSN Online
Untuk artikel tutorial kali ini, kami akan menggunakan website shopping. Tapi bagi anda yang menggunakan aplikasi Shopee, anda boleh menggunakan semua cara-cara yang kami tunjukkan dalam artikel ini. Sebabnya, bila proses pembayaran Shopee sama ada di website ataupun aplikasi Shopee adalah sama sahaja.
- Okey, Untuk yang pertama, of course lah anda perlu Log masuk dulu akaun Shopee anda.
- Lepas tu dekat sini anda boleh mencari produk produk yang anda nak membeli. Dan selepas anda dah cari, anda masukkan dekat bahagian macam kami. Kami sudah pun membuat pencarian dan dah masukkan pun produk yang anda nak beli. Itu dekat bahagian chat. So anda tekan dekat bahagian Troli
- Dekat sini sudah adalah produk yang anda nak buat Bayaran. So next, Anda akan klik dekat bahagian kotak kecil. Lepas anda dah pilih, automatik akan keluar Harga yang anda perlu bayar. So, kalau anda nak buat bayaran, anda klik dekat bahagian Semak Keluar.
- Sudah ada alamat penghantaran. Tapi kalau anda nak ubah alamat penghantaran anda boleh klik dekat bahagian Perubahan.
- Okey, Macam kami, kami tak nak ubah alamat. Kami nak proses saja dengan alamat penghantaran, lepas tu abaikan sahaja lah.
- Pada Bahagian Standard Delivery. Kami akan ubah dia punya standard delivery pada bahagian Perubahan.
- Dia ada Dua Pilihan iaitu mengikut waktu bekerja dan bila bila masa. Kami akan menggunakan mengikut waktu bekerja sahaja. Dan bila dah siap, kami akan klik Hantar.
- Next, barulah anda masuk dekat bahagian pembayaran. Okey, yang mana? Anda perlu pilih kaedah pembayaran. Untuk kaedah pembayaran ini, anda akan pilih Online Banking sebab anda nak bayar menggunakan MyBSN
- Selepas itu anda klik dekat bahagian Membuat Pesanan.
- Nanti dia akan automatik keluar macam ini. Dan yang ini anda klik Pay
- So secara automatik, sistem akan membawa anda ke website Shopee Okey, sila anda masukkan Username dan juga Password
- Selepas itu, anda klik Login
- Bila dah keluar macam ini, Apa yang anda perlu buat adalah anda perlu slick nombor akaun MyBSN anda. Selepas itu, anda perlu pastikan jumlah pembayaran dan juga nama penerima ini adalah betul. Okey, Kalau dah betul baru anda klik Next.
- Selepas itu anda perlu klik dekat bahagian Request TAC
- Macam yang anda tahu, dia akan hantar ke SMS
- So kami dah masukkan nombor TAC yang kita terima tadi dekat sini dan bila dah siap, anda klik Confirm okey dekat sini.
- Pastikan status dia keluar macam ni tau lepas itu kita Continue with Transaction.
- Sekiranya dia keluar macam ini, anda jangan risau.
- Apa yang anda perlu buat adalah anda buka balik akaun shopping anda. Selepas itu dekat bahagian Pembelian Anda dekat sini dah ada pun produk yang anda beli dan produk itu dah pun masuk di bahagian untuk dihantar.
- Maksudnya dekat sini pembayaran yang anda buat tadi dah pun berjaya.
- So, apa yang anda perlu buat adalah anda hanya perlu tunggu barang yang anda beli itu sampai ke rumah anda.
So, itu sahaja yang anda perlu buat. Kami harap artikel ini dapat bantu anda untuk membuat pembelian di shopee.
Soalan Lazim
1. Apa perbezaan kad debit online dengan banking online, bila saya call center BSN dia kata kalau aktif kad debit dia ada tanya nak kekal atau sementara, so saya cakap kad dia kekal kemudian dia bagitau kalau kekal tidak digalakan membuat bayaran online kerana boleh menyembabkan pemotongan banyak tanpa disadari?
Elok Anda guna banking online ya, sebabnya kalau pakai kad debit online agak bahaya juga tu
2. Kenapa saya dapat invalid username or password, sedangkan bila register tadi dah betul?
Anda dah aktifkan ke akaun mybsn anda, kalau belum anda kena aktifkan dulu ya
3. Kalau kita beli shoope terus masuk ke akaun penerima kah tu? Sebab baru-baru transfer duit kat kawan, ambil masa duit tu masuk kat shoope macam na, sorry baru nak guna shoope ni
Dia automatik masuk ke shopee ya untuk transfer anda elok guna fungsi duitnow ya, baru cepat sikit masuk ke akaun kawan anda