Walaupun SSPN Plus dan SSPN Prime telah lama ditawarkan di Malaysia sebagai salah satu cara untuk membantu pelajar-pelajar membina simpanan pendidikan tinggi, namun masih ramai yang belum tahu cara deposit duit ke dalam akaun SSPN mereka.
Untuk deposit duit ke dalam akaun SSPN, pelanggan boleh menggunakan salah satu daripada beberapa cara yang disediakan seperti cara tambah deposit duit SSPN plus dan SSPN prime melalui MAE Maybank2u.
Ikuti artikel ini untuk cara tambah duit deposit ke akaun SSPN anak melalui JomPAY di aplikasi MAE. Ada dua maklumat yang Anda perlu perolehi terlebih dahulu seperti Biller Code dan Reference 1 yang akan kami tunjukkan dalam artikel ini.
Cara Tambah Deposit Duit SSPN MAE Maybank
Untuk dapat masukkan duit ke akaun SSPN Prime ataupun SSPN Plus, Anda perlu mempunyai aplikasi MAE Maybank2u. Kalaun Anda nak daftar aplikasi MAE Maybank2u, Anda boleh ikuti step cara install aplikasi MAE Maybank2u.
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi MAE, pada bahagian Quick Actions ini, tekan pada Pay Bills.
- Seterusnya, tekan pula pada JomPAY.
- Oke, untuk mencari maklumat seperti Biller Code dan Reference 1 ini, Anda perlu layari di pautan https://www.ptptn.gov.my/jompay/
- Kemudian, masukkan saja nombor IC pada ruangan yang disediakan dan tekan pada butang Cari.
- Disini, ia akan paparkan nombor akaun SSPN dan maklumat lain seperti Biller Code dan Ref-1.
- Anda hanya perlu tinggal salin saja maklumat ini dan isikan pada ruangan Pay Bills tadi. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
- Selepas itu, isikan pula amaun deposit tersebut pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Right dibawahnya.
- Pada laman Confirmation ini, sahkan maklumat seperti yang tertera adalah betul dan tepat.
- Kemudian, Anda perlu pilih akaun mana untuk bayaran deposit ini pada bahagian Pay from. Lepas tu tekan Pay Now.
- Dan sekali lagi butang Approve untuk sahkan bayaran ini.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran deposit tersebut.
- Untuk menyimpan atau kongsi resit transaksi ini, tekan pada Share Receipt.
- Jika Anda ingin menyimpan maklumat akaun SSPN ini bagi memudahkan urusan bayaran deposit pada masa akan datang, tekan pada Add to Favourite.
Sekarang ni terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk deposit duit ke dalam akaun SSPN, yang boleh dipilih oleh pelanggan ataupun pelajar. Sila pilih cara yang paling sesuai untuk deposit duit ke dalam akaun SSPN Anda.