Cara Reset Password dan Username Ambank Online

Posted on

Saya terlupa password dan username AmBank online, apa perlu buat? sebab saya tak boleh login perkhidmatan tersebut untuk membuat transaksi online.

Untuk perkongsian kali ini kami akan beritahukan cara untuk reset password ataupun terlupa username ambank ataupun dikenali juga sebagai AmOnline banking.

So bagi Anda yang terlupa username dan juga password ambank online banking, Anda boleh baca artikel ni dan semoga artikel ini dapat membantu Anda.

Cara Reset Password dan Username Ambank Online

Cara Reset Password dan Username Ambank Online

Jadi sekiranya Anda nak reset password dan username ambank online, Anda hanya pelru follow step yang kami tunjukkan dalam artikel ini. Dan kami harap artikel ini dapat membantu Anda semua.

  1. So untuk bahagian yang pertama iaitu Forgot Password, Anda perlu ke website https://ambank.amonline.com.my
  2. Sila pastikan Anda melayari portal yang betul untuk mengelakan Anda terdedah dengan skema
  3. Bila Anda buka website amonline ni, bagi mereka yang lupa Password ataupun Username, Anda perlu klik pada bahagian Forgot Username/Password
    Cara Reset Password dan Username Ambank via Online
  4. Dan Anda perlu pilih jenis id yang Anda nak guna, sama ada Anda nak menggunakan Kad Pengenalan, Passport, Tentera, Police dan sebagainya.
  5. Macam kami, kami akan guna Kad Pengenalan sebagai ID. So kami klik pada bahagian New IC.
  6. Lepas tu masukkanlah Nombor Kad Pengenalan.
    Cara Reset Password dan Username Ambank via Online Portal
  7. Bila dah siap pada bahagian bawah ni, Anda perlu pilih jenis akaun dan juga jenis kad Anda, sama ada Kad Debit, Kad Credit, ataupun Mortgage, dan lainnya
  8. Macam kami, kami punya adalah Debit Card. So dekat sini kami akan masukkan nombor debit card kami, nombor yang tertera pada Nombor Kad Debit Anda, dia ada 16 Digits.
  9. Bila Anda dah siap, lalu Anda masukkan Nombor Pin Debit Anda. Nombor PIN ni adalah 6 Digits. Bila dah siap Anda klik Continue.
    Cara Reset Password dan Username Ambank via Online Portal Website
  10. So dekat sini dia akan paparkan Username Anda.
  11. Bagi mereka yang terlupa Username dan ingat Password, Anda boleh terus Log In.
  12. Tapi macam kami, kami ingat Username dan saya ingat Password dan kami akan Reset Password.
  13. Untuk Reset Password ni, Anda klik pada bahagian Reset Password.
    Cara Reset Password dan Username Ambank via Online Website
  14. Nanti dekat sini Anda perlu cipta semula Password yang baru.
  15. Sila pastikan Password yang Anda buat tu adalah Password yang sukar untuk diterka.
  16. Dan diia mestilah mengandung Simbol, Huruf Besar, Huruf Kecil, dan juga nombor.
  17. Bila dah siap Anda masukkan password yang Anda dah cipta tadi pada bahagian Confirm Password. Lepas tu Anda klik Continue.
    Cara Reset Password dan Username Ambank via Portal Website
  18. Anda perlu masukkan Nombor TAC, untuk Anda Reset Password Anda.
  19. So nombor TAC ni dihantar pada SMS Anda, so Anda semak SMS Anda dan masukkan Nombor TAC tersebut. Dan lepas tu Anda klik Continue.
    Cara Reset Password dan Username Ambank via Internet Portal
  20. Tahniah, Anda dah pun berjaya Reset Password Ambank Online Banking Anda.
  21. Simple sahaja kan step untuk Reset Password. Kalo Anda nak terus Login ke Akaun Ambank Online Anda. Anda boleh klik pada bahagian Log In.
    Cara Reset Password dan Username Ambank via Internet Website
  22. Dan Anda boleh menggunakan website AmBank seperti biasa.

Reset password AmOnline boleh dilakukan jika Anda terlupa password untuk perbankan internet atau akaun perbankan mudah alih. Reset password AmOnline biasanya boleh dilakukan melalui perbankan internet atau aplikasi AmOnline.

Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah seperti memasukkan nombor kad debit, no kad pengenalan dan maklumat lain yang diminta oleh sistem bank untuk mengesahkan identiti Anda.

Selepas proses pengesahan selesai, Anda boleh membuat password baharu untuk akaun perbankan internet atau perbankan mudah alih Anda.

Jika Anda tidak dapat menetapkan semula password AmOnline Anda, Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan AmBank untuk bantuan lanjut

Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa pertanyaan dan jawapan mengenai AmBank online banking.

1. Kalau dah reset balik username apa semua tapi kan bila saya nak buat pembayaran atas talian kat Shopee/Lazada dia kata username is required. Harus cemana tu?

Saya tak pasti jugak tu, saya rasa elok Anda call customer service AmBank ye.

2. Kalau lupa card PIN macam mana cara bagi tau ada ke perlu ke laman bank tersebut?

Anda perlu ke kaunter AmBank ye.

3. Kalau no hp dalam bank tu kita tak pakai lagi boleh buat macam tu kah?

Anda kena ke kaunter AmBank ye untuk kemaskini nombor telefon, lepas tu baru boleh buat forgot password.