Kalau Anda selalu guna Interbank GIRO (IBG) untuk transfer duit antara bank, mesti ada masa Anda nak tahu sama ada duit tu dah masuk akaun penerima atau belum, kan?
Kadang-kadang, bila transfer duit, kita nak pastikan semuanya berjalan lancar.
So, dalam artikel ni, kami nak share cara untuk Anda semak status transfer IBG di Maybank dan kami akan explain step by step, supaya Anda senang faham dan boleh buat sendiri lepas ni.
Apa Itu IBG dan Macam Mana Ia Berfungsi?
IBG ni, pendek kata, cara Anda nak transfer duit dari satu bank ke bank lain di Malaysia.
Transfer ni bukan macam Instant Transfer yang duit masuk terus, tapi ada tempoh masa sikit sebelum sampai ke akaun penerima.
Biasanya, kalau Anda buat IBG transfer Maybank sebelum jam 5 petang hari bekerja, duit akan masuk hari yang sama.
Tapi kalau lepas jam 5 petang atau hujung minggu, duit tu akan masuk akaun penerima pada hari bekerja seterusnya, biasanya sebelum jam 11 pagi.
Perkhidmatan ni available setiap hari, dari pukul 4:30 pagi sampai 12:00 tengah malam.
Cara Check Status Transfer IBG di Maybank
Okay, ada beberapa cara Anda boleh guna untuk check status transfer IBG ni. Jom kami tunjukkan.
1. Guna Maybank2u (Internet Banking)
Ini cara paling senang kalau Anda selalu online. Ikut je langkah-langkah ni:
- Log masuk kat Maybank2u macam biasa.
- Pergi ke bahagian ‘Accounts & Banking’, lepas tu klik ‘Transaction History’.
- Cari transaction IBG yang Anda nak check dalam list tu.
- Status dia akan tunjuk sama ada ‘Successful’, ‘In Progress’, atau ‘Failed’.
Kalau status ‘Successful’, maksudnya duit dah selamat masuk akaun penerima.
Tapi kalau ‘In Progress’ atau ‘Failed’, Anda mungkin kena tunggu sikit atau contact pihak Maybank.
2. Guna Aplikasi Maybank (Mobile Banking)
Selain guna website Maybank2u, Anda jugak boleh guna aplikasi mobile Maybank.
Langkah-langkah dia lebih kurang je dengan guna internet banking:
- Buka apps Maybank kat phone Anda dan log masuk.
- Pergi ke ‘Transaction History’.
- Cari transaksi IBG yang Anda buat dan check status dia.
Senang kan? Sekarang ni, semua benda boleh buat guna phone je. Tak payah nak bukak laptop pun.
3. Hubungi Penerima Secara Langsung
Kadang-kadang cara paling senang untuk tahu sama ada duit dah masuk ke akaun penerima ialah tanya terus kat dia.
Call je, hantar WhatsApp, atau email kalau nak lebih formal. Kalau Anda dah guna IBG, Anda boleh set kan untuk hantar email notification masa buat transfer.
Tapi ingat, fungsi ni tak boleh guna kalau Anda set untuk “Future Transfers”.
4. Hubungi Khidmat Pelanggan Maybank
Kalau Anda dah check online tapi masih tak dapat tahu status atau ada masalah lain, pilihan terakhir ialah hubungi khidmat pelanggan Maybank.
Di sini kami bagi nombor dan email diaorang:
- Hotline Pelanggan: 1 300 88 6688 (dalam Malaysia) / +603-7844 3696 (Luar Negara)
- Email: mgcc@maybank.com.my
Diaorang boleh tolong check status transfer Anda dan bagi info lanjut kalau ada masalah macam transaction gagal atau pending terlalu lama.
Kenapa Penting Semak Status Transfer?
Benda ni penting sebab Anda nak pastikan duit yang Anda transfer tu betul-betul sampai ke akaun penerima.
Yelah, kadang-kadang kita transfer untuk bayar bil, bayar hutang, atau bagi kat family, jadi kita kena pastikan semuanya berjalan lancar.
Kalau ada masalah, Anda boleh bertindak cepat, especially kalau melibatkan jumlah duit yang besar.
Apa Nak Buat Kalau Transaksi Gagal?
Kalau Anda dapat tahu yang transaksi IBG Anda gagal, jangan panik. Ada beberapa benda yang Anda boleh buat untuk selesaikan masalah ni:
- Anda check balik nombor akaun yang Anda masukkan. Kadang-kadang silap satu nombor je boleh buat transaksi gagal.
- Kalau semua maklumat betul tapi transaksi masih gagal, cepat-cepat contact Maybank untuk dapatkan bantuan.
- Mungkin duit dalam akaun tak cukup. Kalau baki tak mencukupi, transaction akan gagal.
Kalau ada masalah, khidmat pelanggan Maybank sentiasa ada untuk bantu. Yang penting, pastikan Anda follow up supaya semua transaksi berjalan lancar dan penerima dapat duit tanpa sebarang masalah.