Cara Tambah Akaun Favourite Ambank Online AmOnline

Posted on

Sebelum Anda boleh membuat pemindahan ataupun transfer duit melalui aplikasi AmOnline atau perbankan internet ke akaun bank lain, pertama sekali Anda mesti terlebih dahulu menambah akaun tujuan di AmOnline.

Tambah akaun favorite AmBank ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja, kerana jika nombor akaun tujuan sudah didaftarkan, nanti Anda tidak perlu masukkan lagi akaun tersebut.

Untuk perkongsian kali ini kami akan tunjukkan cara tambah ataupun padamkan akaun favourites untuk AmBank. Jadi kepada Anda yang nak padam atau yang nak tambah akaun favourites untuk AmBank, Anda bolehlah follow step yang kami tunjukkan dalam artikel ni.

Cara Tambah Akaun Favourite Ambank Online

Cara Tambah Akaun Favourite Ambank Online

Berikut ialah tutorial mengenai cara tambah akaun favourite ambank online, semak dalam bahasan berikut:

  1. Untuk permulaan seperti biasa Anda perlu ke website Ambank online banking https://ambank.amonline.com.my
  2. Dan dekat sini Anda perlu log masuk dekat bahagian Login In Now.
    Cara Tambah Akaun Favourite Ambank Online Banking
  3. Anda perlu masukkan Anda punya Username dan juga Password untuk online banking Anda.
  4. Lepas Anda dah siap, Anda klik Login.
    Cara Tambah Akaun Favourite Ambank Online Banking Portal
  5. Untuk Anda tambah akaun favourites dekat ambank online banking Anda, apa yang harus Anda perlu lakukan adalah Anda perlu klik pada bahagian Settings.
    Cara Tambah Akaun Favourite Ambank Online Banking Portal Website
  6. Seterusnya Anda perlu klik pula pada bahagian Favourites.
  7. Dekat sini dia dah ada satu senarai akaun favourites, yang mana akaun favourite ni pernah kami setkan sebelumnnya. Jadi sekiranya Anda nak tambah akaun favourites, apa yang Anda perlu lakukan adalah, Anda perlu klik pada Add New Favourites.
    Cara Tambah Akaun Favourite via Ambank Online Banking Portal Website
  8. Lepas tu Anda perlu isi semua butiran maklumat yang Anda nak setkan sebagai akaun favourite.
  9. Anda masukkan Nickname.
  10. Untuk bahagian bawahnya dia Optional, Anda boleh isi sekiranya Anda nak isi. Dan seterusnya Anda terus klik pada bahagian Continue.
    Cara Tambah Akaun Favourite via Ambank Online Banking Portal
  11. Seterusnya Anda perlu pilih jenis Akaun.
  12. Lepas tu Anda perlu pilih bank Account or Card.
  13. Dekat sini Anda perlu pilih nama bank yang Anda nak setkan akaun favourites.
  14. Dan seterusnya Anda masukkan Nombor Akaun Bank Anda.
  15. Seterusnya Anda perlu taip Nickname atau Nama Penuh Pemilik Akaun.
    Cara Tambah Akaun Favourite via Ambank Online Banking
  16. Untuk bahagian Recipient ID ni dia adalah optional, kalau Anda tak nak isi Anda boleh abaikan sahaja.
  17. Lepas tu Anda boleh klik pada bahagian Continue.
    Cara Tambah Akaun Favourite guna Ambank Online Banking Portal Website
  18. So lepas Anda dah klik Continue, automatik Anda akan menerima SMS yang mengandungi nombor TAC.
  19. Sila masukkan nombor TAC yang Anda terima tu pada bahagian yang tersedia, dan seterusnya Anda klik Confirm.
    Cara Tambah Akaun Favourite guna Ambank Online Banking
  20. So Anda dah pun berjaya tambah account favourites untuk AmBank.

Baca juga step cara tukar nombor telefon AmBank melalui online, ATM dan kaunter.

Cara Padam Akaun Favorite AmBank

  1. Bagi Anda yang dah tambah akaun favourites dan Anda nak padam balik akaun tersebut, apa yang perlu Anda buat adalah dekat bahagian setting untuk favourite ni Anda perlu klik pada akaun yang Anda nak padam.
    Cara Tambah Akaun Favourite guna Ambank Online
  2. Lepas tu Anda klik pada bahagian Delete ataupun Anda boleh juga klik pada bahagian Titik Tiga.
    Cara Tambah Akaun Favourite using Ambank Online Banking Portal
  3. Dan Anda klik Delete.
    Cara Tambah Akaun Favourite guna Ambank Online Banking Website
  4. So Anda dah pun siap tambah ataupun padamkan akaun favourite untuk AmBank.

Selepas akaun bank baharu berjaya ditambah, kalau Anda nak buat pemindahan wang melalui AmBank online banking atau aplikasi AmOnline, Anda hanya perlu memilih nombor akaun tujuan daripada senarai yang telah tersedia.