HLB connect ni memang sangat senang dan user-friendly. Anda boleh gunakan aplikasi ataupun website ni untuk membuat transaksi seperti pindahan wang, bayaran bil, tambah nilai prepaid, dan banyak lagi.
Cuma pastikan Anda ada sambungan internet yang stabil dan mempunyai akaun Hong Leong Bank yang aktif ye.
Satu lagi yang best pasal HLB Connect ni ialah ia sangat selamat dan boleh dipercayai. Hong Leong Bank sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan terbaik untuk melindungi akaun Anda daripada sebarang ancaman.
Untuk menggunakan HLB Connect Mobile Banking, Anda boleh download aplikasi ni dari Google Play Store atau App Store atau gunakan laman website https://s.hongleongconnect.my.
Kelebihan HLB Connect
Berikut adalah beberapa kelebihan aplikasi HLB Connect:
- HLB Connect ni boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Anda boleh buat transaksi perbankan di hujung jari Anda sahaja.
- Antara aplikasi perbankan yang sangat user-friendly. Senang nak guna dan navigasi, dan semua maklumat akaun Anda tersusun dengan kemas.
- HLB Connect ni memudahkan Anda untuk membuat transaksi seperti pindahan wang, bayaran bil, tambah nilai prabayar, dan banyak lagi.
- Hong Leong sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang ketat untuk melindungi akaun Anda daripada sebarang ancaman.
- Dalam HLB Connect ni, Anda boleh semak maklumat akaun dalam masa nyata. Jadi, Anda tak perlu risau lambat atau terlepas maklumat akaun Anda.
Jadi, itulah beberapa kelebihan aplikasi HLB Connect.
Syarat Mendaftar
Sebelum mendaftar Hong Leong Bank Connect Online ataupun HLB Connect App, Anda memerlukan salah satu produk berikut:
- Kad Debit
- Kad Kredit Prinsipal
- Akaun Tetap atau Simpanan
- Akaun Pembiayaan
Dan sediakan maklumat berikut sebelum bermula:
- Kad Debit/ Kredit atau butiran akaun seperti kad/ nombor akaun dan PIN 6-digit.
- Pastikan nombor mudah alih Anda telah berdaftar dengan Hong Leong Bank untuk menerima kod TAC melalui SMS.
- Anda perlu ID Sementara jika bukan pemegang Kad Debit/ Kredit dan mempunyai gabungan produk yang termasuk Akaun Pinjaman.
Sila kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank yang berdekatan untuk kemas kini atau daftar nombor telefon atau permintaan ID Sementara.
Cara Daftar HLB Connect Online Banking
Anda boleh gunakan laptop, ipad, laptop atau smartphone untuk mendaftar di website Hong Leong Bank.
- Pertama sekali, klik pautan ni https://s.hongleongconnect.my
- Klik Register Online Banking.
- Pilih ID Type dan isikan ID Number.
- Masukkan Nombor Kad ATM/Debit Anda dan PIN Kad Anda.
- Masukkan kod TAC yang dihantar ke SMS Anda.
- Cipta Nama Pengguna yang Anda mahukan.
- Cipta Kata Laluan yang Anda mahukan.
- Pilih Gambar Keselamatan.
- Cipta Soalan Keselamatan.
- Selesai.
Cara Download dan Install HLB Connect Mobile App
Berikut adalah langkah-langkah untuk download dan install HLB Connect Mobile App:
- Buka Google Play Store atau Apple App Store pada telefon pintar Anda.
- Cari HLB Connect di bahagian carian dan pilih aplikasi HLB Connect yang dikeluarkan oleh Hong Leong Bank Malaysia.
- Tekan butang Pasang atau Get dan tunggu sehingga proses muat turun selesai.
Cara Daftar HLB Connect Online Mobile Banking
Setelah muat turun selesai dan Anda telah sediakan syarat serta maklumat yang diperlukan, sila buka aplikasi HLB Connect dan ikuti langkah-langkah HLB Connect registration di bawah ni ye.
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi HLB Connect, log masuk seperti biasa dengan memasukkan nama pengguna, sahkan gambar keselamatan dan kata laluan.
- Selepas itu, pada bahagian soalan keselamatan ini, Anda dikehendaki untuk memilih soalan beserta jawapan pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Pada bahagian ini, untuk membenarkan aplikasi ini hanya disambungkan melalui telefon Anda yang digunakan sekarang ini, tekan pada Next.
- Dan isikan saja Nombor TAC yang diterima sebagai penegsahan.
- Selepas itu, tekan Next sekali lagi untuk membenerkan akses seperti yang dinyatakan diatas.
- Kemudian, Anda dikehendaki untuk isikan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status pendaftaran ini.
- Selepas ini, Anda boleh lakukan pelbagai jenis urusan perbankan internet dari akaun Hong Leong Bank Anda yang ditawarkan dalam aplikasi ini.
Sekarang, Anda sudah selesai mendaftar akaun HLB Connect dan Anda boleh log masuk HLB Connect Online atau HLB Connect App untuk melakukan pelbagai transaksi seperti pindah wang, semak baki akaun, bayar bil dan banyak lagi.
Semoga maklumat yang kami kongsikan ini dapat membantu Anda untuk memudahkan urusan kewangan Anda.