Cara Bayar Zakat Pendapatan Simpanan di Maybank2u

Posted on

Maybank2u adalah sistem perbankan online yang disediakan oleh Maybank. Dengan menggunakan Maybank2u, Anda boleh membayar zakat dengan hanya mengakses internet dan mengikuti beberapa langkah mudah.

Pada artikel kali ini kami kongsikan bagaimana cara membuat pembayaran zakat melalui portal Maybank2u, jadi jom kita kebahagian tutorial.

Cara Bayar Zakat Guna Maybank2u

Cara Bayar Zakat Guna Maybank2u

Zakat simpanan adalah zakat yang dikenakan kepada individu atau organisasi yang memiliki simpanan yang melebihi nisab. Nisab adalah jumlah minimum yang ditentukan oleh syariah untuk dikenakan zakat.

Zakat pendapatan pula adalah zakat yang dikenakan kepada individu atau organisasi yang memperoleh pendapatan dari aktiviti-aktiviti perniagaan atau kerjaya.

Zakat simpanan dan zakat pendapatan ni biasanya dikenakan setiap tahun dan dibayar kepada fakir miskin atau institusi-institusi kebajikan yang berdaftar.

Di bawah ni adalah langkah-langkah cara bayar zakat online melalui Maybank2u.

  1. Untuk membuat pembayaran zakat melalui portal Maybank2u, sudah semestinya Anda login dulu akaun Maybank2u Anda.
  2. Dan apa yang perlu Anda buat adalah Anda klik pada bahagian Pay & Transfer.
  3. Dekat bahagian pay ni Anda klik pada New Payment.
    Cara Bayar Zakat Guna Maybank2u via Internet Banking Portal
  4. Lepas tu Anda perlu mencari intitusi zakat yang Anda nak membuat pembayaran, contohnya Anda nak membuat zakat untuk Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  5. Jadi Anda perlu cari Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Anda klik pada institusi tersebut.
  6. Lepas tu Anda masukkan jumlah pembayaran yang Anda nak buat dan Anda masukkan pula nombor telefon Anda.
  7. Kemudian di bahagian Type Of Zakat ni Anda pilih zakat yang Anda nak bayar wang simpanan, so Anda klik pada Zakat Simpanan, lepas tu Anda klik Pay.
    Cara Bayar Zakat Guna Maybank2u via Internet Banking Website
  8. Nanti dia akan keluar macam ni, Anda perlu klik Request Nombor TAC.
    Cara Bayar Zakat Guna Maybank2u guna Internet Banking
  9. Dan Anda masukkan nombor TAC yang dihantar ke SMS Anda, kemudian Anda klik Confirm. So dah pun siap membuat pembayaran melalui Maybank2u.
    Cara Bayar Zakat Guna Maybank2u guna Internet Banking Website

Untuk mengira zakat pendapatan dan simpanan, seseorang perlu mengira jumlah pendapatan dan simpanan yang diperoleh dalam setahun dan kemudian mengeluarkan 2.5% daripada jumlah tersebut sebagai zakat.

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:

  1. Mengira jumlah pendapatan yang diperoleh dalam setahun.
  2. Mengeluarkan 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut sebagai zakat.
  3. Menyerahkan zakat tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

Perlu diingat bahwa terdapat jenis lain dari zakat seperti zakat harta, zakat perniagaan, zakat emas dan perak yang memerlukan kiraan yang berbeza. Anda boleh rujuk kepada pihak berwajib atau profesional untuk mendapatkan panduan yang lebih tepat.

Untuk maklumat Anda, melalui Maybank2u juga Anda boleh bayar iSURI KWSP secara online.

Soalan Lazim

Ada 2 soalan yang sering kami dapatkan dan mungkin boleh membantu Anda.

1. Kalau bayar zakat RM7 seorang, kalau saya dengan isteri, total nak bayar zakat RM14 betul tak?

Iya betul.

2. Kalau bayar zakat online pakai dekat telefon boleh ke?

Boleh je, boleh melalui aplikasi dan juga browser ye.