Cara Bayar Unifi Online Guna Kad Kredit Visa Mastercard

Posted on

Adakah Anda pengguna Unifi dan masih keliru bagaimana untuk cara bayar bil Unifi setiap bulan? Sekarang ni terdapat banyak cara yang boleh Anda gunakan untuk membayar bil Unifi.

Anda boleh memilih daripada perbankan internet, Maybank, CIMB, Shopee, dan banyak lagi. Supaya Anda tidak keliru, kali ini kami akan memberikan maklumat cara pembayaran Unifi dengan kad kredit.

Sila ikuti langkah cara bayar Unifi online guna credit card di bawah.

Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi

Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi

Hari ini kami akan kongsikan bagaimana cara Anda nak bayar bill Unifi melalui aplikasi MyUnifi guna kad kredit Visa ataupun Mastercard, jadi jom kita tengok.

Kad Kredit Visa dan Mastercard adalah jenis kad kredit yang boleh digunakan oleh pengguna untuk membuat pembelian secara dalam talian atau perbelanjaan harian.

Ia mempunyai syarikat penerbit yang berbeza, tetapi kedua-duanya membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran dengan mudah dan cepat tanpa perlu membawa wang tunai.

Kad Kredit Visa dan Mastercard mempunyai pelbagai ciri dan faedah, seperti pembayaran balik 0% selama tempoh tertentu, program ganjaran, perlindungan pembelian dan banyak lagi.

Di bawah ni langkah-langkah bayar bil Unifi secara online guna credit card:

  1. Langkah pertama Anda buka aplikasi MyUnifi.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  2. Klik pada akaun Bill Unifi Anda.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  3. Ini adalah paparan akaun Bill Unifi Anda, jadi untuk bayar Anda klik sahaja Pay Bill.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  4. Anda boleh masukkan Amaun yang Anda nak bayar, lepas tu Anda klik sahaja Pay.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  5. Seterusnya Anda masukkan kebahagian Payment Gateway. Disini Anda pilih cara bayaran sama ada Anda nak guna Kredit Card ataupun Personal Banking.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  6. Lepas tu Anda klik Next.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  7. Lalu Anda skroll kebawah, Anda perlu pilih sama ada Master Card atau Visa Card.
  8. Kemudian Anda perlu masukkan detail card credit Anda iaitu Nombor Kad, Nama Kad, Card Expiry Date, dan juga Nombor CVV.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  9. Lepas tu Anda klik Next.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  10. Seterusnya Anda perlu masukkan Nombor TAC Kad Kredit. Lepas Anda masukkan Nombor TAC, Anda klik OK.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  11. Lepas tu sekirnaya pembayaran dah berjaya diterima, lalu Anda klik pada butang Back To Home.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi
  12. Boleh Anda lihat pada bill akaun unifi Anda kembali kosong, maksudnya Anda dah pun berjaya melalukan pembayaran Bill Unifi.
    Cara Bayar Unifi Online Guna MyUnifi

Itulah cara untuk membayar bil Unifi Anda secara online menggunakan kad kredit Anda. Dengan cara ini, Anda boleh membuat pembayaran bil Unifi dengan cepat dan mudah tanpa perlu pergi ke cawangan Unifi atau menggunakan mesin ATM. Jangan lupa untuk menyimpan butiran kad kredit dan maklumat bil Anda untuk pembayaran masa depan.

Kalau Anda nak bayar bil Unifi guna Maybank, Anda boleh ikuti cara bayar bil Unifi guna Maybank2u.

Sekarang, Anda boleh memanfaatkan teknologi untuk membuat pembayaran bil Unifi dengan lebih cekap dan selesa. Jika Anda mempunyai sebarang soalan atau masalah, pastikan untuk menghubungi customer service Unifi untuk dapatkan bantuan.