Anda boleh menggunakan CIMB untuk memindahkan wang ke bank lain di Malaysia. CIMB menawarkan beberapa cara berbeza untuk memindahkan wang, termasuk melalui CIMB Clicks, ATM CIMB, dan melalui kaunter bank.
Untuk membuat pemindahan wang melalui CIMB Clicks, Anda perlu mendaftar dan log masuk ke akaun CIMB Clicks Anda terlebih dahulu.
So, bagaimana untuk transfer duit melalui CIMB Clicks ke BSN, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat dan bank lain? Di bawah ni kami kongsikan cara untuk transfer duit melalui CIMB Clicks.
Cara Transfer Duit Melalui CIMB Clicks ke Bank Lain
Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan bagaimana caranya untuk transfer duit melalui aplikasi cimib clicks daripada cimb kepada account lain, jadi jom kita tengok.
- Langkah pertama seperti biasa Anda buka aplikasi Cimb Clicks.
- Untuk transfer Anda klik Transfer, lalu Anda klik pada Transfer Money
- Seperti biasa Anda perlu Login terlebih dahulu, Anda cek Anda punya My Secureword tu betul, jika betul Anda klik Yes.
- Kemudian Anda masukkan Password Anda. Lepas Anda masukkan Password seterusnya Anda klik Login.
- Lepas tu Anda masukkan nombor akaun penerima dan pastikan nombor yang Anda masukkan tu adalah betul.
- Kemudian Anda tekan Proceed.
- Seterusnya Anda klik pada bahagian transfer type, kalau Anda nak transfer pada cimb Anda klik pada Within Cimb Bank.
- Dan pada artikel ni kami akan tunjuk cara transfer ke akaun lain, so Anda pilih je pada To Other Banks.
- Lalu Anda pilihlah Nama Bank yang Anda nak.
- Kemudian pada transfer method, ada normal transfer (ibg) dan Instant Transfer.
- Normal Transfer (IBG) ni dia ambil masa selama 2 hari.
- Biasanya kami guna Instant Transfer, karena dia mengambil masa singkat atau segera.
- Kemudian Payment Type ni Anda pilih Funds Transfer.
- Untuk from tu sejarah automatik akan di setkan mengikuti akaun cimb bank Anda.
- Kemudian Anda masukkan langkah ketiga iaitu Amount, Anda masukkan duit yang Anda nak transfer tu. Kemudian Anda set tarikh yang akan Anda nak transfer.
- Kemudian yang bahagian Transaction Intruction, Anda masukkan Nama Penerima dan kemudian pada Other Payment Details ni adalah Optional, Anda boleh isi ataupun tak nak isi.
- Pada bahagian notify recipient ni bila Anda nak bagi sama ada melalui SMS atau email dan ia akan dapat notification, seterusnya Anda tekan pada Transfer Money.
- Kemudian Anda cek semula maklumat yang Anda dah masukkan tu, nombor akaun pastikan betul dan nama penerima tu dia akan keluar, dan ada cek lah apakah betul semua.
- Lepas dah betul dan tepat Anda klik pada butang Approve.
- Succesfull, maksudnya Anda dah berjaya untuk transfer daripada akaun cimb Anda kepada akaun Maybank orang lain.
- Bila Anda nak ambil resit, Anda klik pada bahagian Share tu.
- So Anda boleh share apda siapa-siapa yang Anda nak share kan.
- Contoh kami share lewat whatsapp, jadi ini adalah resit transfer duit Anda.
- Oke Anda boleh buka dan tengok, file ni berupa PDF, Anda boleh screenshoot untuk simpan pada telefon bimbit Anda.
Cara diatas ni boleh Anda gunakan untuk membuat pemindahan ke Bank Islam, BSN, Bank Rakyat, Bank Muamalat dan bank lainnya.
Jika Anda lebih suka memindahkan wang di kaunter bank, Anda boleh pergi ke cawangan CIMB terdekat dan meminta pegawai bank membantu Anda untuk memindahkan wang ke bank lain.
Anda perlu memberikan maklumat no akaun benefisiari/penerima dan menandatangani borang pemindahan wang.
Sekiranya Anda mempunyai sebarang soalan tentang cara memindahkan wang ke bank lain menggunakan CIMB Clicks, Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan CIMB untuk bantuan lanjut.
Kami juga telah share step cara bayar bil ASTRO guna CIMB online, jika Anda pelanggan ASTRO Anda boleh buat pembayaran melalui CIMB Clicks.
Soalan Lazim
Mungkin soalan dan jawapan di bawah ini boleh membantu Anda.
1. Kalau transfer CIMB bank ke bank lain-lain ambil masa berapa lama baru duit sampai ke bank penerima?
Kalau pilih instant transfer akan terus masuk duit tu, kalo pilih normal transfer akan ambil masa 1 – 3 hari bekerja rasanya.
2. Kalau kita transfer pakai normal tranfer (IBG), Boleh atau tidak kita cancelkan?
Kami tak tahu pasti, tapi rasanya boleh tapi kena cepat-cepat call bagi tau bank, dalam cimb clicks tu tak pasti ia ada butang untuk cancel.