Semak Bil Astro Guna IC atau Kad Pengenalan Online

Posted on

Anda yang ada akaun Astro pasti tak asing lagi dengan bil bulanan atau tahunan yang kena bayar setiap bulan atau setiap tahun. Biasanya, untuk membuat pembayaran bil Astro, kita perlu menggunakan nombor akaun Astro untuk membuat bayaran.

Tapi sekarang, Astro ada cara yang lebih mudah dan memudahkan para pelanggan mereka iaitu menggunakan nombor IC untuk membuat pembayaran bil Astro.

Di bawah ini kami kongsikan maklumat lengkap cara semak bil Astro guna IC ataupun no kad pengenalan.

Semak Bil Astro Guna IC
Semak Bil Astro Guna IC

Semak Bil Astro Guna IC di Kaunter

Cara nak gunakan nombor IC untuk membuat pembayaran bil Astro pun sangat mudah. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil Astro.
  2. Beritahu staff di kaunter bahawa Anda nak bayar bil Astro menggunakan nombor IC.
  3. Berikan staff nombor IC Anda.
  4. Staff akan memasukkan nombor IC Anda ke dalam sistem dan memaparkan jumlah bil Astro yang perlu dibayar.
  5. Bayar bil Astro Anda seperti biasa.
  6. Selesai.

Anda boleh membuat pembayaran di 7 Eleven, berikut cara bayar bil Astro di 7 Eleven.

Check Bil Astro Guna IC Online

Cara nak check bil Astro guna IC secara online pun sangat mudah. Korang hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

1. Semak melalui Facebook Astro

  1. Cari Facebook Astro atau taip link berikut https://www.facebook.com/Astro
  2. Hantar mesej contoh: Hai tolong cek no akaun Astro saya no IC 800117135800. Semak Bil Astro Guna No IC
  3. Lepas hantar PM atau mesej tu, staff Astro akan berikan no akaun Astro Anda.

2. Semak melalui Rimot Channel

  1. Sila ambil rimot TV Anda, lepas tu tekan channel 200.
  2. Maklumat no akaun Astro Anda akan dipaparkan.

3. Semak melalui Twitter Astro

  1. Cari Twitter Astro atau taip link berikut https://twitter.com/astroonline
  2. Hantar mesej contoh: Hai tolong cek nombor akaun Astro saya nombor IC 800117135123.
  3. Lepas hantar PM atau mesej tu, staff Astro akan berikan no akaun Astro Anda.

Dengan menggunakan nombor IC untuk membuat pembayaran bil Astro, Anda tak perlu lagi ingat atau mencari nombor akaun Astro Anda setiap kali nak bayar bil.

Selain itu, cara ini juga sangat berguna bagi mereka yang baru  menggunakan perkhidmatan Astro atau bagi mereka yang tak pasti dengan nombor akaun Astro mereka.

Namun, perlu diingatkan bahawa nombor IC yang digunakan untuk membuat pembayaran bil Astro mestilah sama dengan yang tertera di dalam akaun Astro Anda.

Jadi, pastikan Anda daftar akaun Astro menggunakan nombor IC yang betul untuk memudahkan proses pembayaran bil Astro menggunakan nombor IC ini.

Bagi Anda yang selalu terlupa atau tak pasti dengan nombor akaun Astro Anda, bolehlah gunakan cara ini untuk memudahkan pembayaran bil Astro Anda. Mudah kan?

Cuba bayar bil Astro melalui online, sila ikuti step cara bayar bil Astro secara online.

So, janganlah risau lagi pasal pembayaran bil Astro yang lewat atau tertunggak. Gunakan nombor IC Anda untuk membuat pembayaran bil Astro dengan mudah dan cepat di mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil Astro.