Cara Bayar Bil Astro di 7 Eleven Guna Barcode Online

Posted on

Anda tahu tak yang sekarang ni Anda boleh bayar bil Astro Anda dekat 7 Eleven? Ye betul, 7 Eleven dah buat kerjasama dengan Astro untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran bil Astro dekat kedai di seluruh Malaysia. Senang je kan, tak perlu dah nak pergi ke pejabat Astro yang jauh dan beratur panjang.

Sebenarnya, inisiatif ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk memberikan keselesaan kepada para pelanggan Astro yang sibuk dan takde masa nak pergi ke pejabat Astro.

Selain itu, dengan adanya perkhidmatan pembayaran bil Astro di 7 Eleven, pelanggan juga dapat mengelakkan bayaran bil yang lewat dan dikenakan denda. Di bawah ni kami kongsikan cara bayar bil Astro di 7 Eleven.

Cara Bayar Bil Astro di 7 Eleven

Cara Bayar Bil Astro di 7 Eleven

Proses pembayaran bil Astro di 7 Eleven juga sangat mudah. Cuma perlu bawa bil Astro Anda ke kedai 7 Eleven terdekat dan beritahu staff yang Anda nak bayar bil Astro.

Kemudian, staff 7 Eleven akan scan kod bar bil Astro Anda dan Anda hanya perlu bayar bil tersebut mengikut jumlah yang tertera di dalam bil.

Tak perlu risau, bayaran Anda akan diproses secara pantas dan akan tertera dalam akaun Astro Anda dalam masa 24 jam.

Jadi, Anda tak perlu risau kalau ada gangguan atau lewat bayar bil, semua boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Cara Dapatkan Kod Bar Bil Astro Secara Online

Berikut adalah langkah-langkah lengkap cara dapatkan barcode bil Astro.

  1. Pertama sekali, anda pergi ke Google.
  2. Masukkan link https://pay.astro.com.my/
    Cara Bayar Bil Astro di 7 Eleven
  3. Masukkan Nombor Akaun Astro anda 10 Digit.
    Cara Bayar Bil Astro di 7 Eleven
  4. Pilih semua jenis Bukti/Gunung dan tekan Verify.
    Cara Bayar Bil Astro di 7 Eleven via Portal Online Website
  5. Lepas tu tekan Continue.
    Cara Bayar Bil Astro di 7 Eleven via Portal Online Website
  6. Scan dan bayar di 7 Eleven.
    Cara Bayar Bil Astro di 7 Eleven via Portal Online Website
  7. Selesai.

Boleh tak bayar Astro guna TNG? Boleh, sekarang Anda boleh bayar bil Astro guna Touch n GO.

Cara Dapatkan Kod Bar Bil Astro Melalui SMS

Untuk mendapatkan barcode bil Astro melalui SMS, Anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi SMS di telefon pintar Anda.
  2. Taipkan ASTRO <jarak> BARCODE <jarak> 10 digit no akaun astro dan hantar ke 66688. Contoh: ASTRO BARCODE 0987654321 hantar ke 66688. Cara Dapatkan Kod Bar Bil Astro Melalui SMS
  3. Selepas itu, Anda akan menerima SMS balasan dari Astro.
  4. Lepas tu, klik pada hyperlink yang disertakan di SMS.
  5. Secara atutomatik kod bar akan dipaparkan. Sila screenshot barcode ni.
  6. Juruwang akan imbas kod tersebut untuk membuat pembayaran.

Untuk makluman, Anda juga boleh bayar bil Astro guna CIMB Clicks ye.

Sekiranya Anda ada masalah bayaran bil Astro, jangan risau. Anda boleh pergi ke 7 Eleven terdekat untuk menyelesaikan masalah tersebut.