Anda yang gemar menonton rancangan TV mesti tak asing lagi dengan Astro. Dulu, untuk membuat pembayaran bil Astro, kita perlu pergi ke pejabat Astro atau ke kaunter pembayaran yang tersedia.
Tapi sekarang ni, Astro dah ada perkhidmatan bayaran online yang sangat mudah dan memudahkan para pelanggan Astro untuk membuat pembayaran bil Astro.
Bagi Anda yang tak ada masa untuk ke pejabat Astro atau nak elakkan beratur panjang, cara bayar bil Astro secara online adalah jawapan yang paling tepat untuk Anda. Dengan perkhidmatan ini, Anda boleh membuat pembayaran bil Astro Anda di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Cara Bayar Bil Astro Melalui Online
Cara nak gunakan website astro bill payment pun sangat mudah. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah pertama seperti biasa Anda buka Google.
- Kemudian Anda taip dan search astro.com.my pastikan nama web tersebut ialah www.astro.com.my
- Dan Anda buka laman web tersebut.
- Ini adalah laman paparan utama laman Web Astro, jadi untuk bayar bil Anda pergi ke bahagian My Account kemudian Anda pilih Pay Bill.
- Seterusnya Anda masukkan akaun astro yang Anda nak bayar, lepas masukkan nombor akaun astro, Anda klik pada kotak I’m Not Robot kemudian Anda klik Continue.
- Kemudian dia akan paparkan bill semasa astro Anda, so kalau Anda tengok, status akaun Anda dah aktif ataupun Active.
- Kemudian ada Nama Akaun Anda, Account Name ialah nama akaun Anda, pastikan 3 huruf didepan dan 3 huruf dibelakang tu adalah nama Anda.
- Kemudian Overdue Charges, ini jika ada tunggakan.
- Kemudian bill terkini.
- Bayaran semasa ialah RM26.50.
- Dibahagian Payment Amount Anda boleh pilih untuk bayaran Current Balance ataupun Other Amount. Seterusnya Anda klik pada Paynow.
- Dia akan bawa ke bahagian Detail, so Anda akan diberi tempoh dalam masa 10 minit untuk isi semua maklumat pembayaran.
- Lalu Anda pilih cara bayaran method sama ada menggunakan Credit/Debit Card, Maybank2u, ataupun FPX/Online Banking yang lain.
- Kami pilih online banking, seterusnya Anda pilih bank mana yang Anda nak guna, contohnya CIMB Anda pilih CIMB. Seterusnya Anda masukkan Email.
- Lepas tu Anda klik pada Proceed to Pay.
- Kemudian dia akan sambung ke laman Rasmi CIMB Clicks.
- Seterusnya Anda masukkan User ID Anda, lepas tu Anda tekan Login.
- Pastikan Security Word ni adalah betul, Anda tAnda Tick.
- Sila masukkan Password, lepas tu Anda tekan Login.
- Seterusnya Anda dah masuk ke bahagian FPX Payment.
- Anda pastikan Payment Detail adalah betul, jumlah bayaran yang Anda nak bayaran adalah betul.
- Kemudian Anda klik pada Request TAC.
- Seterusnya Anda tunggu nombor TAC yang akan dihantar melalui SMS.
- Anda masukkan Nombor TAC yang Anda terima dari SMS Anda, kemudian Anda klik Submit.
- Kemudian Anda pastikan lagi sekali bahwa payment detail ini adalah betul, jika betul Anda klik Submit untuk Confirm.
- Lepas tu status dia dah Succesfull maksudnya Anda dah berjaya.
- Kemudian dia akan kembali kelaman astro tersebut, kemudian dia akan tertera status pembayaran adalah Succesful.
- Jadi Anda boleh Print, Anda klik pada Print ataupun Anda boleh Screenshoot sahaja.
- Kemudian Anda tekan Complete.
- Selesai.
Lepas tu, Anda dah bolehlah tengok TV dengan tenang tanpa perlu risau pasal bil Astro Anda dah lewat bayar. Pembayaran bill Astro online memang sangat memudahkan dan mempercepatkan proses pembayaran bil Astro Anda.
Anda juga boleh bayar bil Astro di 7E, berikut cara bayar Astro di 7 Eleven menggunakan kod bar (barcode).
Sebagai tambahan, dengan menggunakan perkhidmatan Astro online payment, Anda juga boleh melihat rekod pembayaran bil Astro Anda dalam masa yang singkat dan mudah.
Jadi, kalau ada masalah atau sebarang kekeliruan berkaitan bayaran bil Astro Anda, Anda bolehlah mengesan dan menyelesaikan dengan cepat.