Semasa melakukan aktiviti apa sahaja, Anda mungkin akan menghadapi situasi di mana Anda perlu melakukan transaksi pembayaran. Untuk mengelakkan kontak fizikal semasa transaksi, satu penyelesaiannya adalah dengan menggunakan fungsi QRPAY dalam Maybank2u atau MAE.
Hanya dengan scan QR Code yang tersedia, transaksi menggunakan QRPAY Maybank boleh dilakukan dengan mudah. Bagi pelanggan yang ingin menggunakannya, sila semak cara pembayaran QRPAY Maybank di bawah.
Cara Buat Bayaran Melalui QRPAY Maybank2u
Tutorial untuk kali ini adalah cara untuk buat pembayaran melalui QRPAY Maybank2u. So kepada Anda yang mempunyai akaun Maybank2u lepas ni sembarang pembayaran Anda boleh je buat melalui QRPAY ataupun qrcode.
- Untuk membuat pembayaran melalui QRPAY ataupun QRCode, Anda perlulah menggunakan aplikasi Maybank2u.
- So macam biasa Anda perlu buka dulu aplikasi Maybank2u Anda.
- Lepas tu dekat paparan utama ni Anda perlu klik dekat bahagian QRPAY.
- Dan untuk menggunakan fungsi ini Anda perlu membuat pengaktifan terlebih dahulu, untuk mengaktifkan QRPAY ni Anda perlu klik dekat bahagian Activate Now.
- Dan dekat sini Anda perlu login akaun Maybank2u Anda, Anda masukkan Password dan Anda klik Login.
- Seterusnya dekat paparan yang ni Anda perlu pilih akaun ataupun kad yang Anda nak gunakan semasa membuat pembayaran.
- Kami akan menggunakan akaun Maybank dan seterusnya Anda klik pada bahagian Agree & Proceed.
- Kemudian Anda perlu set kan limit harian dan limit cumulative untuk pembayaran Anda. Cara tukar limit QRPay Maybank2u mudah sangat, lihat gambar dibawah ni.
- Kalau pembayaran tu melebihi limit cumulative atau limit terkumpul, transaksi tersebut akan memerlukan Anda untuk masukkan Password ataupun Cap Jari Anda.
- Limit pembayaran ni Anda boleh ubah semula mengikut keperluan Anda dan lepas Anda dah setkan kedua dua limit ni Anda, Anda perlu klik dekat bahagian Done.
- Dan dekat sini Anda perlu klik Confirm, untuk Anda membuat pengesahan menggunakan Nombor OTP.
- Nombor OTP ni Anda akan terima melalui SMS, so Anda semak SMS dan masukkan OTP dekat bahagian tu. Seterusnya Anda klik butang OK.
- Nanti dia akan keluar paparan macam ni, untuk yang ni Anda klik je Next, so untuk Anda membuat pembayaran melalui QRPAY ni Anda perlu Enable atau Aktifkan fungsi camera.
- Lepas Anda dah aktifkan fungsi tersebut, Anda perlu scan ataupun imbas QrCode untuk Anda membuat pembayaran. Selain Anda imbas ataupun Scan Direct Barcode dekat kedai, Anda pun boleh scan QrCode pada telefon Anda.
- Tentunya Anda nak membuat pembayaran online, dan seller tu hanya bagi qrcode sahaja je kepada Anda, apa yang Anda perlu buat adalah Anda perlu klik dekat bahagian Scan QR Code From Gallery dan Anda perlu klik pada gambar QrCode yang sedia To Send. Lepas tu dekat sini Anda perlu masukkan jumlah yang Anda nak bayar, dan Anda klik je OK.
- So nanti dia keluar paparan macam ni, dan dekat sini Anda perlu pastikan nama, nombor akaun penerima, serta jumlah yang Anda nak bayar tu sama seperti yang Anda nak bayar, pastikan semua maklumat itu betul lepas tu Anda klik je dekat bahagian Pay.
- Pastikan status pembayaran adalah Successful, macam ni status pembayaran adalah Unsuccessful, sebabnya jumlah pembayaran yang nak buat ni adalah melebihi jumlah maksimum harian Anda, set jumlah harian Anda adalah RM100 dan pembayaran Anda adalah RM101, berarti melebihi.
- So automatik pembayaran tersebut adalah tidak berjaya.
- So dekat sini Anda akan buat semula pembayaran Anda, dan dekat sini Anda akan masukkan RM100. Lepas tu Anda klik je pada butang OK.
- Pastikan maklumat betul, dan Anda klik pula pada bahagian Pay dan status dekat sini dah pun bertukar kepada Successful.
- Maksudnya pembayaran yang dah Anda buat tadi dah pun berjaya dan duit secara automatik akan Direct tolak daripada akaun Anda.
- Dan akan masuk terus ke akaun penerima. Selesai.
So macam tu je sebenarnya cara Anda untuk membuat pembayaran melalui QrCode ataupun QRPAY Maybank2u.
Kelebihan QR Pay Maybank
Penggunaan QR Pay Maybank mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya pilihan yang popular di Malaysia.
- Pembayaran dengan QR Pay Maybank sangat cepat dan mudah, hanya perlu menunjukkan kod QR kepada pihak yang menerima pembayaran dan pembayaran boleh dilakukan dalam masa yang singkat.
- QR Pay Maybank menggunakan teknologi enkripsi terbaik untuk menjamin keselamatan transaksi.
- Pengguna tidak perlu membawa kad kredit atau debit untuk membuat pembayaran dengan QR Pay Maybank, hanya perlu mempunyai akaun Maybank2u yang aktif dan telefon.
- QR Pay Maybank boleh digunakan dimana sahaja, di mana syarikat yang menerima pembayaran menyediakan QR Pay Maybank sebagai pilihan pembayaran.
Semoga perkongsian diatas boleh membantu Anda.