Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank Secara Online

Posted on

Anda pernah dengar pasal QR code DuitNow Public Bank tak? Anda tahu tak dengan QR code ni, Anda boleh transfer duit dengan lebih mudah dan pantas?

Sebelum ni, kalau nak transfer duit kena la bagi nombor akaun bank penerima. Tapi dengan QR code ni, semua benda lagi senang. Anda tak payah nak ingat-ingat nombor akaun lagi. Cuma scan je QR code tu, dah settle.

Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank

Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank

Untuk membuat QR Code DuitNow Public Bank, Anda kena pastikan dah ada akaun Public Bank online banking ataupun PBe app.

Kalau belum ada, Anda kena daftar online banking dulu kat kaunter Public Bank terdekat atau boleh juga daftar Public Bank online melalui laman web Public Bank.

Apakah Aplikasi PBe

Aplikasi PBe atau Public Bank online banking app adalah satu aplikasi mudah alih yang disediakan oleh Public Bank Malaysia untuk memudahkan pengguna-pengguna mereka mengakses akaun bank mereka secara atas talian.

Dengan aplikasi PBe ni, Anda boleh buat pelbagai urusan seperti semak baki akaun bank, buat QR Code, buat pembayaran bil, transfer duit ke akaun lain, dan juga buat pelbagai urusan bank lain, semua dalam satu aplikasi je.

Aplikasi PBe ni boleh dimuat turun melalui App Store untuk pengguna iPhone dan iPad atau melalui Google Play Store untuk pengguna Android.

Untuk menggunakan aplikasi ni, Anda kena pastikan dah ada akaun Public Bank online banking dan kena daftar untuk menggunakan aplikasi PBe.

Untuk contoh kali ni, kami akan gunakan aplikasi PBe, so sila ikuti langkah dibawah ni ye.

  1. Mula-mula Anda kena buka aplikasi PBa Engangement.
  2. Lepas tu dekat sini Anda kena login akaun Public Bank Anda.
    Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank
  3. Sila masukkan Username dan juga Password Anda. Lepas tu Anda klik Login.
    Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank
  4. Untuk step seterusnya, dekat paparan utama ni Anda perlu klik bahagian Duit Now QR.
    Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank
  5. Lepas tu dia keluar paparan macam ni kan, biasanya kalau dekat sini Anda kena scan ni untuk Anda buat bayaran.
    Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank
  6. Tapi disebabkan oleh Anda nak dapatkan Anda punya QR Anda sendiri, Anda perlu klik dekat bahagian Receive.
    Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank
  7. Bila dan klik je dekat bahagian Receive Anda kena masukkan jumlah yang Anda nak orang tu bayar Anda.
  8. Contohnya kawan Anda kena bayar kepada Anda RM5, So dekat sini Anda perlu masukkan RM5. Tapi kalau Anda nak dia bayar RM100, dekat sini Anda perlu masukkan jumlah RM100.
  9. Lepas Anda dah masukkan jumlah Anda, klik dekat tanda Right pada kanan bawah.
    Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank
  10. So Automatik sistem akan hasilkan DuitNow QR Anda yang bernilai RM5. Code ni Anda boleh je Screeshoot, dan hantar kepada kawan Anda.
    Cara Buat QR Code DuitNow Public Bank
  11. Selesai.

Aplikasi PBe ni sangat memudahkan dan menjimatkan masa, sebab Anda tak payah nak pergi ke kaunter bank atau buka laman web Public Bank untuk buat transaksi bank. Semua boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi PBe di telefon pintar Anda.

So, kalau Anda pengguna Public Bank dan belum lagi muat turun aplikasi PBe, Anda boleh muat turun sekarang untuk memudahkan urusan bank Anda.