Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN

Posted on

Topup kredit telefon adalah proses tambah nilai kredit ke no telefon Anda. Tambah nilai ni perlu dilakukan apabila kredit yang Anda ada sudah habis atau hampir habis.

Ada pelbagai cara untuk melakukan topup kredit telefon, antara yang paling popular adalah melalui mesin ATM dan internet banking.

Bagi Anda yang telah membuat pembelian PIN reload MyBSN dan terlupa PIN reload tersebut, tak perlu risau sila ikuti step di bawah ini.

Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN

Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN

Pada artikel kali ini kami akan kongsikan kepada Anda semua cara untuk Anda beli dan dapatkan semula nombor PIN Reload di MyBSN.

PIN Reload ialah nombor enam belas digit yang menjadi kod reload apabila Anda membuat transaksi dengan akaun BSN.

So kepada Anda yang nak beli PIN reload ataupun Anda terlupa nak simpan ataupun nak screenshot kad nombor PIN reload Anda, Anda boleh follow step yang kami tunjukkan dalam berikut ni.

  1. Untuk menggunakan MyBSN ni macam biasalah Anda perlu ke website MyBSN.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  2. Seperti biasa Anda perlu log masuk Anda punya akaun MyBSN.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  3. Masukkan Username, lepas tu Anda masukkan pula password lepas tu Anda klik Login.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  4. Dekat paparan utama ni biasanya Anda pilih PIN nombor PIN reload, Anda perlu klik dekat bahagian menu dan Prepaid Reload.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  5. Lepas tu Anda pilih PIN Based Reload.
  6. Untuk bahagian Prepaid Type, Anda perlu pilih Mobile Reload.
  7. Dan dekat bahagian Service Provider ni, Anda perlu pilih mengikut syarikat telekomunikasi yang Anda nak. Sedia ada Celcom, Digi, RedOne, Tune-Talk, U-Mobile, dan XOX.
  8. Untuk maxis Anda tidak boleh menggunakan nombor PIN reload atau Anda perlu menggunakan PIN less reload.
  9. So untuk bahagian Value, Anda boleh pilih jumlah yang Anda nak reload.
  10. Seterusnya pada bahagian akaun ni, sila pilih pada bahagian account BSN Anda. Dan bila Anda dah siap masukkan semua maklumat yang diperlukan, Anda klik pada bahagian Submit.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  11. So dekat paparan yang seterusnya ni, Anda perlu semak semua butiran maklumat yang dipaparkan dekat screen. Pastikan ia betul, baharu lah Anda klik depat bahagian Request TAC.
  12. Nombor TAC ni macam biasa dia akan hantarkan ke SMS di nombor yang Anda dahpun daftarkan pada BSN.
  13. Lepas tu bila Anda dah terima nombor TAC tu, Anda taip Nombor TAC yang telah Anda terima dan lepas tu Anda klik Submit.
  14. So Anda dah pun berjaya beli nombor PIN reload.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  15. Dan ini adalah nombor PIN reload untuk Anda, bagi Anda yang lupa yang tak nak screenshot no PIN reload ni, cara untuk Anda dapatkan semula nombor reload adalah.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  16. Anda perlu kebahagian Account Overview.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  17. Lepas tu dekat sini Anda perlu klik pada Nombor Akaun BSN Anda.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  18. Dan Anda perlu klik dekat bahagian MyBSN Transaction History.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  19. Kalau Anda baru sahaja membuat pembelian, Anda boleh pilih dekat bahagian Last 30 days.
  20. Tapi kalau Anda dah buat pembelian tu 2 bulan lepas, Anda perlu klik dekat bahagian Last 60 days.
  21. Dan lepas tu untuk bahagian sini pula Anda perlu pilih Successful. Lepas tu Anda klik Submit.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  22. Bila Anda klik sahaja Submit, maka dia akan keluar list transaksi sepanjang 30 hari.
  23. Dekat senarai ni Anda perlu cari Prepaid Reload, lepas tu Anda klik sahaja dekat bahagian Reprint.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  24. So dia akan keluar resit transaksi Anda
  25. Dan Anda perlu screenshot resit transaksi tu, dan dekat resit transaksi tu akan ditulis nombor PIN reload Anda
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN
  26. Dan nombor inilah yang Anda perlu masukkan masa Anda nak reload.
  27. Contohnya, bila Anda nak reload untuk Celcom Anda, dan inilah caranya.
    Cara Dapatkan Semula Nombor PIN Reload myBSN

Untuk semak sejarah transaksi pembelian, Anda boleh juga baca artikel semak duit keluar masuk MyBSN.

Kelebihan Topup Kredit Guna MyBSN

Tambah nilai kredit telefon melalui MyBSN mempunyai banyak kelebihan yang memudahkan kehidupan Anda. Berikut adalah beberapa kelebihan topup kredit telefon melalui MyBSN:

1. Praktikal

Anda tidak perlu keluar rumah atau pergi ke kedai tambah nilai untuk menambah kredit telefon. Hanya log masuk ke akaun MyBSN Anda dan tambah nilai kredit telefon Anda dengan hanya beberapa klik.

2. Selamat

Topup kredit telefon melalui MyBSN sangat selamat kerana ia menggunakan sistem pembayaran terbaik. Anda tidak perlu risau tentang kecurian maklumat atau penipuan.

3. Cepat

Topup kredit telefon melalui MyBSN sangat pantas dan Anda boleh menambah nilai kredit Anda pada bila-bila masa. Anda tidak perlu menunggu lama untuk topup kredit telefon Anda.

4. Pelbagai pilihan

MyBSN menawarkan pelbagai pilihan syarikat telekomunikasi yang boleh Anda pilih untuk menambah nilai kredit telefon Anda. Anda boleh memilih syarikat telekomunikasi yang paling sesuai dengan keperluan Anda.