Macam mana cara dapatkan penyata Public Bank secara online? Bagi Anda yang ingin download statement bank Public Bank, Anda boleh ikuti step dalam artikel ini.
Kebiasaanya sekiranya mahu dapatkan statement bank, kena kunjungi ke bank baharu dapat bank statement tersebut. Sekarang statement bank dapat print atau save cuma dari rumah saja, dan tak mesti lagi bersesak-sesak dan beratur di bank.
Anda boleh gunakan peranti laptop, komputer atau smartphone dan install aplikasi pembuka PDF seperti Adobe Reader.
Apa tu Penyata Public Bank
Penyata Public Bank ni sebenarnya adalah rekod transaksi Anda dengan bank. Setiap kali Anda buat transaksi seperti deposit, pengeluaran atau bayaran melalui kad debit/kredit, maklumat tu akan dicatatkan dalam penyata Anda. Jadi, penyata ni penting untuk Anda semak baki akaun, aktiviti transaksi dan rekod pembayaran bulanan.
Kelebihan penyata Public Bank ni adalah Anda boleh semak transaksi dan baki akaun Anda secara terperinci dan mudah.
Selain tu, Anda boleh juga semak rekod bayaran bulanan seperti bil utiliti, telefon dan bayaran pinjaman. Dengan Penyata Public Bank, Anda tak payah lagi risau dengan ketinggalan bayaran dan aktiviti transaksi akaun Anda.
Cara Register e-Statment Public Bank Online
Bagi mendapatkan statement bank akaun melalui online, Anda mestilah register terlebih dahulu. Dibawah ni adalah langkah cara daftar e-Statement Public Bank:
- Buka link PBe bank https://www.pbebank.com
- Login gunakan User ID dan Password Anda.
- Di laman utama klik di e-Statement Registration.
- Pilih Akaun Public Bank yang Anda mahu daftarkan dan klik Next.
- Baca Terma dan Syarat dan lalu klik I Agree bagi menyelesaikan pendaftaran.
- Selesai, Anda sudah berjaya register akaun Anda bagi e-Penyata.
Cara Cetak Penyata Public Bank
Jika Anda mahu muat turun dan print statement Public Bank Anda, dibawah ini adalah caranya:
- Buka link PBe bank https://www.pbebank.com
- Login gunakan User ID dan Password akaun Anda.
- Di menu utama klik di ACCOUNT.
- Klik di nombor akaun yang mahu di cetak dan pilih view transaction history bagi lihat sejarah transaksi (Transaction History).
- Public bank akan paparkan statement selama 6 bulan saja. Selebihnya mesti klik SELECT OPTION lalu klik Request E-Statement dan muat turun.
- Muat turun Statement Public Bank dalam bentuk PDF, dalam penyata tersebut dipaparkan selama 6 Bulan kebelakang.
- Sila cetak penyata Public Bank Anda.
Itu je serba sedikit pasal Penyata Public Bank ni. Kalau Anda belum lagi cuba akses penyata Anda secara online, Anda boleh la try sekarang. Lagi senang dan lebih cepat.