Anda selalu takut penyata bank hilang atau rosak, kan? Jangan risau, sekarang Public Bank dah ada e-Statement untuk Anda semua.
e-Statement Public Bank ni adalah satu sistem yang membolehkan Anda dapatkan penyata akaun bank Anda dalam bentuk elektronik.
Dengan e-Statement ni, Anda tak perlu lagi tunggu kertas penyata bank datang melalui pos atau risau hilang. Semua penyata akaun bank Anda akan ada dalam akaun online banking Anda.
Cara Daftar e-Statement Public Bank Online
Untuk mendaftar e-Statement ni, Anda kena pastikan dah ada akaun Public Bank online banking. Kalau belum ada, Anda kena daftar online banking PBe dulu kat kaunter Public Bank terdekat atau boleh daftar online banking melalui laman web rasmi Public Bank.
Sekiranya Anda dah mempunyai akaun PBe, sila ikuti langkah cara daftar e-Statement Public Bank berikut:
- Pertama sekali, Anda perlu layari laman web PBe https://www.pbebank.com dan log masuk ke dalam akaun Anda seperti biasa dengan mengisikan nama pengguna, sahkan frasa log masuk dan kata laluan.
- Pada laman utama ini, Anda perlu scroll ke bawah sedikit dan tekan pada E-Statement Registration untuk mula mendaftar.
- Selepas itu, pada laman ini, Anda perlu pilih jenis akaun untuk pendaftaran E-Statement ini sama ada dari akaun simpanan, akaun semasa dan sebagainya. Lepas dah selesai Anda klik pada butang Confirm.
- Sekiranya sudah selesai, tekan pada butang I Agree tanda persetujuan dengan terma dan syarat ini, Anda boleh saja tekan pendaftaran ini, pihak bank tidak akan lagi menghantar penyata dalam bentuk kertas.
- Seterusnya Anda dah pun berjaya daftarkan E-Statement Anda. Anda boleh tengok pada Detail Account E-Statement Anda.
Dengan mendaftar e-Statement melalui Public Bank online, Anda kini boleh menjimatkan masa dan mengurangkan risiko dokumen hilang atau rosak.
Anda juga boleh semak sejarah transaksi akaun Anda dengan mudah melalui e-Statement.
Selain itu, e-Statement ni juga lebih mesra alam sekitar sebab tak perlu guna kertas dan mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam pencetakan.
So, kalau Anda pengguna Public Bank, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar e-Statement Public Bank ni.