Zaman sekarang, banyak benda kita boleh buat secara online, termasuklah buka akaun bank.
Bagi yang tengah cari bank yang boleh urus semuanya secara digital, AEON Bank ada sediakan kemudahan ni.
Tak perlu risau pasal cawangan fizikal, sebab AEON Bank ni memang bank digital sepenuhnya.
Jadi, dalam artikel ni, kami akan terangkan macam mana Anda boleh buka akaun AEON Bank secara online.
Apa Itu AEON Bank?
AEON Bank ni, kalau Anda tak tahu lagi, adalah bank digital yang tak ada cawangan fizikal.
Semua urusan boleh dibuat melalui aplikasi AEON Bank yang Anda boleh muat turun dari Google Play Store atau iOS App Store.
Dengan AEON Bank, Anda boleh buka Savings Account-i, akaun simpanan patuh syariah yang ada macam-macam kelebihan.
Antaranya, Anda akan dapat ciri Saving Pot, Debit Card-i, dan join AEON Points Programme.
Cara Buka Akaun AEON Bank Secara Online
Okay, sekarang jom kita masuk ke cara nak buka akaun AEON Bank secara online.
Tak susah mana, cuma ada beberapa langkah yang Anda kena ikut:
- Langkah pertama dah tentulah Anda kena muat turun aplikasi AEON Bank daripada Google Play Store atau iOS App Store.
- Lepas download, Anda kena pastikan setting lokasi kat telefon Anda set ke Malaysia.
- Lepas Anda buka aplikasi, ikut je arahan yang diberikan untuk daftar akaun baharu. Anda kena isi maklumat peribadi macam nama penuh, nombor MyKad (untuk rakyat Malaysia), atau nombor passport (untuk pekerja AEON dari Jepun).
- Untuk proses pengesahan identiti, Anda kena muat naik gambar MyKad (untuk rakyat Malaysia) atau passport (untuk pekerja Jepun). Jangan lupa selfie sekali untuk pengesahan muka.
- Lepas semua dah lengkap, proses kelulusan biasanya ambil masa antara 5 minit hingga 1 hari bekerja. Kalau tak ada apa-apa masalah, Anda akan terima notifikasi melalui aplikasi yang akaun Anda dah diluluskan.
- Bila dah lulus, akaun Anda dah siap dan boleh digunakan. Anda boleh mula buat transaksi macam terima bayaran atau bayar ansuran bulanan terus melalui auto-debit.
Syarat Kelayakan Untuk Buka Akaun AEON Bank
Untuk buka akaun AEON Bank ni, ada beberapa syarat kelayakan yang Anda kena penuhi. Jangan risau, syarat dia taklah rumit mana:
- Anda kena berumur 18 tahun ke atas.
- Akaun ni hanya untuk rakyat Malaysia yang ada MyKad sah.
- Bagi pekerja AEON dari Jepun, Anda boleh guna passport untuk buka akaun.
Kelebihan Buka Akaun AEON Bank
Apa yang best buka akaun AEON Bank ni? Banyak! Antaranya:
- Ciri ni membolehkan Anda simpan duit ikut kategori yang Anda tentukan sendiri. Contohnya, kalau Anda nak simpan untuk beli motor, boleh buat ‘pot’ khas untuk tujuan tu.
- Dengan akaun ni, Anda akan dapat Debit Card-i yang boleh digunakan untuk belanja kat mana-mana tempat yang terima kad debit.
- Setiap kali Anda guna akaun ni atau buat transaksi dengan AEON Group, Anda akan dapat mata ganjaran AEON. Mata ni boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran menarik. Program ni diuruskan oleh AEON Credit Service (M) Berhad.
Satu benda yang Anda kena tahu, sebelum mohon kemudahan kewangan lain seperti pinjaman, Anda kena buka akaun simpanan dengan AEON Bank dulu.
Akaun simpanan ni nanti akan digunakan untuk terima duit dan bayar ansuran bulanan melalui auto-debit.
Cara Hubungi AEON Bank Kalau Ada Masalah
Walaupun AEON Bank ni tak ada cawangan fizikal, jangan risau, Anda masih boleh hubungi Customer Support dengan beberapa cara kalau ada masalah atau pertanyaan:
- Telefon: +603-48168888
- Live Chat: Dalam aplikasi AEON Bank
- Emel: customer.support@aeonbank.com.my
Jadi, kalau Anda tengah cari bank yang boleh uruskan semua secara digital tanpa perlu pergi cawangan, AEON Bank memang pilihan terbaik.
Proses buka akaun ni pun senang dan cepat, dan Anda boleh buat semuanya dari rumah.
Pastikan Anda ikut langkah-langkah yang kami dah terangkan tadi, dan Anda dah boleh mula gunakan akaun dalam masa beberapa minit je.