Bayar bil elektrik dan air melalui CIMB Clicks ialah cara yang cepat, mudah dan praktikal untuk membayar bil-bil ini. Dengan menggunakan CIMB Clicks, Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke bank atau ke pejabat pembekal perkhidmatan elektrik atau air.
Anda hanya perlu mengakses CIMB Clicks melalui komputer, laptop atau telefon yang disambungkan ke internet, kemudian buat pembayaran dengan mengikut arahan yang diberikan.
Anda boleh setkan pembayaran automatik atau setkan peringatan supaya Anda tidak lupa membayar bil tepat pada masanya. CIMB Clicks akan membantu Anda mengelakkan denda atau sekatan jika Anda lewat membayar bil Anda.
Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan step cara bil elektrik dan air online melalui CIMB Clicks.
Cara Bayar Bil Elektrik Melalui CIMB Online
Langkah bagiamana caranya kita nak membuat bayaran bill elektrik dan bill air melalui aplikasi CIMB Clicks JomPAY sila ikuti panduan berikut:
- Baiklah langkah yang pertama Anda buka aplikasi CIMB Clicks.
- Untuk buat bayaran bill elektrik, Anda klik pada Payments.
- Anda akan membuat pembayaran melalui JomPAY, jadi Anda klik pada JomPAY.
- Langkah pertama tu, Anda perlu masukkan biller code atau nickname, biller code Anda boleh rujuk dibahagian belakang bill electric Anda.
- Contoh untuk TNB biller codenya adalah 5454. Kemudian Anda tekan Proceed.
- Seterusnya Reference-1 atau ref-1 Anda masukkan nombor akaun TNB, pastikan Anda masukkan nombor akaun TNB yang betul.
- Untuk Reference-2 ni Anda boleh abaikan ataupun Anda boleh masukkan nombor telefon Anda.
- Kemudian pastikan biller code name itu betul (Tenaga Nasional Berhad).
- Lalu Anda boleh tick pada kotak kecil tu save as favourite.
- Kemudian set favourite name ni sebagai bill TNB. Anda boleh rujuk artikel cara tambah dan padam akaun favourite CIMB Clicks.
- Seterusnya Anda pilih akaun bank Anda.
- Seterusnya Anda masukkan Amount bila Anda nak membuat bayaran.
- Kemudian Anda masukkan jumlah bayaran yang Anda nak bayarkan.
- Pastikan Anda masukkan amount bayaran yang betul. Seterusnya Anda klik Make Payment.
- Untuk pembayaran melebihi RM250 dia perlukan Password, lalu Anda klik je Proceed.
- Lalu Anda masukkan password, lalu tekan Login.
- Kemudian Anda cek butiran pembayaran sekali lagi, bila Anda dah pastikan itu betul seterusnya Anda klik Approve.
- Anda akan dapat SMS notification pemberitahuan bahwa pembayaran dahpun berjaya. Nanti dia akan keluar status successfull, maksudnya pembayaran Anda dahpun berjaya.
- Sekiranya Anda nak dapatkan resit, Anda klik Share.
- Boleh Anda share lah sama ada ke whatsapp ataupun telegram untuk simpanan Anda. Ini adalah resit yang Anda dah buat tadi.
- Selesai.
Cara Bayar Bil Air Melalui CIMB Online
Macam mana cara bayar bil air melalui CIMBClicks? Caranya mudah sahaja.
- Untuk Anda bayar bill air melalui aplikasi CIMB click JomPAY.
- Langkah pertama Anda klik pada Make Another Payment.
- Sama seperti tadi, yang pertama Anda masukkan Biller Code.
- Untuk bill air kami akan rujuk bill SADA, so Anda tengok biller code di bahagian bill air.
- Untuk bill SADA ia biller codenya adalah 3251, kemudian Anda tekan Proceed.
- Untuk reference-1 Anda masukkan nombor akaun sada, pastikan Anda masukkan nombor akaun bill air yang betul pada bahagia reference-1
- Pada bahagian reference-2 Anda boleh masukkan nombor telefon Anda.
- Seperti biasa kalau nak save kan sebagai favorite Anda klik pada Save as Favourite.
- Kami akan taip favourite nickname tu ialah bill SADA.
- Kemudian Anda klik bahagian kedua iaitu from, lalu Anda pilih akaun bank Anda.
- Seterusnya Anda klik ke bahagian ke 3 iaitu amount and when. Anda masukkan amount yang Anda nak bayarkan dan Anda setkan tarikh yang Anda nak bayar.
- Seterusnya Anda klik pada Make Payment.
- So kemudian Anda cek semula lalu maklumat yang Anda dah buat tadi, bila dah betul dan tepat, Anda klik Approve.
- Anda akan dapat notification melalui SMS dan dibahagian atas dia akan keluar notif succesfull maksudnya Anda dah berjaya membuat pembayaran bill air.
- Seperti biasa bila Anda nak dapatkan resit, Anda boleh klik pada Share.
- Anda boleh share lah ke telegram ataupun whatsapp, ini adalah resit untuk bill air.
- Setelah selesai membuat pembayaran, Anda boleh klik pada back to home.
Oke sekian saja perkongsian kami kali ini, semoga ianya ini bermanfaat untuk Anda.
Soalan Lazim
Berikut pertanyaan dan jawapan mengenai pembayaran bil melalui CIMB online.
1. Kalau kita bayar bill ni rumah kita punya? risau salah bayar bil orang je bang
Kena pastikan betul-betul no akaun bil tu no akaun bil kita punya.
2. No telephone tu masukkan no telephone mana-mana pun takpe kan?
Ya, masuk je no sapa-sapa pun, tak masukkan pun boleh rasanya tapi lebih masukkan la untuk rujukan kalo ada apa-apa masalah nanti.