Anda semua pasti seronok bila dengar ada duit percuma yang boleh dimiliki. Tapi tahukah Anda yang sebenarnya terdapat cara mudah untuk dapatkan duit percuma daripada ASNB? Ya, Anda boleh terima duit percuma daripada MyASNB dan melaburkannya menggunakan Boost eWallet!
MyASNB adalah satu-satunya platform digital yang diperuntukkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk memudahkan pelanggan melabur dalam dana-dana ASNB secara online.
Sementara itu, Boost eWallet adalah satu aplikasi mudah alih yang memudahkan pembayaran secara digital.Sekarang, MyASNB dan Boost eWallet bekerjasama untuk membolehkan Anda melabur dan menerima duit percuma dengan lebih mudah dan cepat.
Cara Dapat Duit Percuma Dari MyASNB
Jadi, bagaimana cara untuk mendapatkan duit percuma ini? Pertama sekali, Anda perlu memuat turun aplikasi Boost eWallet dan mendaftar sebagai pengguna.
Kalo Anda tak tahu, Anda boleh dapat RM15 secara percuma, bila Anda simpan duit dalam ASB. Reward ini terhad untuk 2.591 orang sahaja, yang mana Anda hanya perlu simpan duit minimum RM150 dalam ASB dan melakukan bayaran menggunakan e-Wallet Boost.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu Anda ikuti:
- Step pertama Anda perlu topup e-Wallet Boost minimum RM150.
- Lepas tu Anda buka App MyASNB, dan tekan Labur pada butang Plus.
- Untuk labur Anda boleh pilih Pelaburan Tambahan.
- Dan Pilih Unit Amanah mana yang Anda nak labur.
- Masukkan Amount yang Anda nak labur dan pilih Boost e-Wallet untuk kaedah pembayaran.
- Akhir sekali Anda Sahkan transaksi dan buat bayaran.
- Untuk buat bayaran, Anda boleh pilih sama ada Tap and Pay atau Sign in to Pay.
- Bila Anda dah berjaya buat pembayaran, Anda akan dapat RM15 dalam e-Wallet Boost.
Sekarang, Anda sudah tahu bahawa terdapat cara mudah untuk mendapatkan duit percuma daripada MyASNB melalui Boost eWallet.
Tak boleh login Boost eWallet? Tak perlu risau, sila guna cara tukar kata laluan Boost eWallet agar Anda boleh log masuk seperti biasa.
Penting untuk diingat bahawa melabur adalah satu cara untuk membangunkan kewangan kita. Selain daripada mempunyai simpanan di bank, melabur adalah satu cara yang baik untuk memaksimumkan duit kita dan menjana pendapatan dalam jangka masa panjang.