Perkongsian kami untuk artikel kali ini adalah cara untuk transfer duit ke akaun bank lain menggunakan mesin ATM Public Bank.
So kepada mereka yang nak buat pemindahan wang ataupun transfer duit ke bank lain tapi Anda takde online banking Public Bank, Anda bolehlah membuat pindahan wang dengan mengunakan mesin ATM sahaja.
So apa yang Anda perlu lakukan sekarang adalah, Anda perlu ikut sahaja step yang kami tunjukkan pada artikel ini.
Cara Transfer Duit Public Bank Guna ATM
Mesin ATM Public Bank adalah satu jenis mesin self-service yang disediakan oleh Public Bank Malaysia. Ia membolehkan pengguna-pengguna Public Bank untuk melakukan pelbagai transaksi perbankan seperti menarik wang tunai, memeriksa baki akaun, membuat pembayaran pinjaman atau kad kredit, dan banyak lagi.
Untuk menggunakan mesin ATM Public Bank, pengguna perlu memasukkan kad ATM mereka ke dalam mesin dan memasukkan nombor PIN ATM mereka. Selepas itu, pengguna akan dapat mengakses menu utama mesin ATM dan memilih transaksi yang ingin dilakukan.
Kelebihan Mesin ATM Public Bank termasuk kemudahan dan keselesaan bagi pengguna untuk mengakses perbankan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, ketersediaan mesin ATM yang banyak dan terdapat di banyak lokasi, serta kemudahan dan kecepatan transaksi.
Sekiranya Anda nak transfer duit dari Public Bank ke Bank lain guna mesin ATM, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Mula-mula macam biasa Anda perlu ke mesin ATM Public Bank terlebih dahulu.
- Lepas tu Anda masukkan Kad Debit Public Bank Anda di bahagian yang disediakan.
- Sila tunggu sekejap, dan Anda klik pada bahagian Continue untuk Anda teruskan transaksi.
- Sila pilih menu Bahasa.
- Dan Anda perlu masukkan 6-digit No Pin Kad Debit Public Bank Anda.
- Dekat sini, Anda perlu pilih jenis akaun Anda, sekiranya akaun Anda adalah akaun simpanan, Anda klik pada Akaun Simpanan. Tapi sekiranya akaun Anda adalah Akaun Semasa, Anda perlu klik dekat bahagian Akaun Semasa.
- Dekat sini pula untuk Anda membuat pemindahan wang ataupun transfer duit, Anda perlu klik dekat bahagian Pindahan/Bayaran Pinjaman DuitNow.
- Kalau Anda nak Duit tu automatik masuk ke akaun Penerima, maksudnya Anda nak membuat pindahan segera, Anda perlu klik dekat bahagian Pindahan Segera Antara Bank (MEPS)/Pembayaran Balik Pinjaman & Kad Kredit.
- Dan dekat sini Anda perlu pilih Nama Bank Penerima, sekiranya nama bank Anda tak ada dalam pilihan, Anda boleh cari nama bank tersebut dekat Muka Surat Seterusnya.
- Lepas tu dekat sini Anda klik je Ya.
- Dan Anda perlu pilih jenis Akaun Penerima.
- Dekat sini pula Anda perlu masukkan Nombor Akaun Penerima, dan bila dah siap Anda perlu klik pada keyboard masuk.
- Seterusnya Anda perlu masukkan jumlah wang yang Anda nak transfer.
- Dan bila dah siap Anda perlu tekan keyboard masuk.
- Sila tunggu sehingga keluar paparan macam ni.
- Dekat sini sila pastikan Nama, No Akaun Penerima, serta jumlah yang nak transfer adalah maklumat yang betul.
- Kalau dah betul Anda klik je Ya.
- Dan Anda perlu tunggu sekejap.
- Lepas tu kalau keluar paparan macam ni, maksudnya transaksi Anda dahpun berjaya, so sila ambil resit serta kad debit Public Bank Anda.
Lepas Anda berjaya membuat pemindahan ke akaun bank lain, kami nasihatkan Anda untuk segera check baki akaun Public Bank, sila lihat baki akaun terkini.
Jadi, jika anda pengguna Public Bank Malaysia dan memerlukan kemudahan untuk mengakses perbankan pada bila-bila masa, mesin ATM Public Bank adalah satu pilihan yang mudah dan cepat.