Ramai yang belum tahu apa itu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) merupakan satu skim pinjaman yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu pembiayaan pendidikan untuk para pelajar di institusi pengajian tinggi.
PTPTN adalah penyelesaian yang boleh dipilih oleh pelajar. Sebab pelajar boleh membayar balik pinjaman secara ansuran dan PTPTN mempunyai kadar faedah rendah.
Perkongsian kali ini mengenai cara membuat pembayaran PTPTN melalui JomPAY Bank Islam.
Biller Code PTPTN
Sebelum membuat pembayaran, pastikan anda mengetahui Biller Code PTPTN. Disini kami akan kongsikan terlebih dahulu bagaimana cara untuk dapatkan Biller Code tersebut.
- Taip sahaja Portal PTPTN di carian Google anda.
- Lepas tu anda klik pada Portal Rasmi PTPTN.
- Pilih e-Perkhidmatan dan tekan pada Bayaran Balik.
- Klik pada Semakan JomPAY.
- Masukkan No IC anda disini. Kemudian anda klik Cari.
- Disini terpapar rujukan JomPAY bagi Biller Code, Ref-1 dan Ref-2.
- Wajib mengisi ketiga-tiga Reference tersebut semasa membuat pembayaran nanti.
- Klik dibawah ini untuk melihat 40 bank terlibat dan mempunyai fungsian JomPAY.
- Sekadar rujukan sahaja, disini ialah 40 bank yang terlibat.
Cara Bayar PTPTN Guna Bank Islam Online JomPAY
Di bawah ini kami tunjukkan step pembayaran PTPTN melalui Bank Islam. Sekiranya Anda belum lagi mempunyai akaun Bank Islam online banking, kami nasihatkan Anda untuk baca cara daftar Bank Islam online.
- Klik pada Bank Islam IB, https://www.bankislam.biz.
- Klik pada Internet Banking.
- Masukkan User ID. Lepas tu anda tekan Login.
- Klik pada ruang kecil untuk Pengesahan Image.
- Lepas tu anda masukkan Password anda. Lalu anda klik Login
- Klik fungsian Payment/Services.
- Pilih JomPAY, kemudian klik pada Payment (JomPAY).
- Klik pada Akaun anda. Masukkan jumlah Pembayaran.
- Payment mode pilih Immediate.
- Klik pada Open Biller Code
- Masukkan ketiga-tiga rujukan diatas.
- Untuk rujukan ke 2 anda boleh masukkan nombor telefon, tarikh ataupun apa-apa sahaja sebagai rujukan anda.
- Jika semua maklumat dah lengkap, klik pada petak kecil untuk pengesahan.
- Lepas tu anda klik pada Add to Bill List.
- Lalu anda klik pada Pay
- Klik Request I-Access Code ataupun IAC. IAC akan dihantar ke nombor telefon yang berdaftar.
- Masukkan Nombor Secure Code. Lepas tu anda klik Confirm.
- Pembayaran telah berjaya. Proses pembayaran melalui JomPAY mengambil masa dalam 3 hari waktu bekerja.
- Cetak resit dengan menekan butang Print dan simpan sebagai bukti pembayaran.
Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga artikel yang kami kongsi dapat membantu anda semua.