Jika Anda seorang yang sibuk/busy dan sering terlupa untuk membayar bil air dan elektrik, maka Anda harus tahu cara bayar bil elektrik dan air secara online. Pembayaran bil secara online akan jimatkan masa Anda dan tentu sahaja cara ini selamat.
Anda dinasihatkan untuk membayar bil tepat waktu untuk elakkan caj ataupun penalti. Berikut adalah perkongsian lengkap cara bayar bil elektrik dan air melalui online yang perlu Anda ketahui.
Step ini khas untuk pengguna internet banking Bank Islam ye, sila ikuti langkah-langkah di bawah.
Cara Bayar Bil Elektrik Online Bank Islam
Pertama sekali pastikan Anda mempunyai internet banking Bank Islam, sekiranya belum mempunyai akaun internet banking Bank Islam, Anda boleh baca panduan cara daftar Bank Islam online banking.
Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun Bank Islam online banking atau internet banking Bank Islam, sila ikuti step berikut:
- Langkah pertama seperti biasa anda buka Google.
- Anda taip Bank Islam.
- Seterusnya anda buka laman web bankislam.biz
- Anda klik pada Internet Banking Login.
- Seterusnya anda perlu masukkan User ID anda. Kemudian anda tekan Login.
- Anda pastikan Gambar dan Private Word ni adalah betul. Kemudian anda Tick pada Kotak Kecil. Seterusnya anda masukkan Password dan tekan Login.
- Ini adalah paparan utama setelah anda berjaya login. Untuk membayar bil anda klik pada Payment (Jompay).
- Anda akan masuk ke paparan Jompay.
- Dibahagian payment details anda perlu pilih From Account, lalu anda pilih Account Bank anda.
- Seterusnya anda masukan Amount Bil yang anda nak bayar.
- Kemudian Payment Mode anda pilih Immediate, maksudnya anda nak bayar segera.
- Seterusnya bahagian Recepient Details, Receipient Type anda pilih Open Biller.
- Lalu anda perlu masukkan Biller Code, Biller Code anda boleh rujuk dibahagian Belakang Bil.
- Contoh Bil TNB, Biller Codenya adalah 5454.
- Seterusnya Ref-1, Rujukan 1 anda masukkan Nombor Akaun TNB.
- Untuk Ref-2 anda boleh abaikan untuk bil tnb, tapi kalau anda nak masukkan anda boleh masukkan Nombor Telefon anda.
- Seterusnya anda klik pada kotak kecil, I Have Read and Agree to the Terms and Conditions. Kemudian anda klik pada Validate.
- Seterusnya Anda akan masuk ke jompay Add Bill. Anda cek semula maklumat yang anda masukkan, pastikan adalah betul. Kemudian anda klik pada Add to Bill List.
- Untuk bahagian ini anda boleh add more bill bila anda ada bil lain atau nak tambah, kalau tak nak anda boleh klik pada Pay untuk terus bayar.
- Seterusnya Anda klik pada request i-access code. Kemudian dia akan hantar nombor kod ke sms anda.
- Jadi anda masukkan i-access code yang anda terima melalui sms, kemudian anda klik Confirm.
- Kemudian dia akan keluar status successful maksudnya anda dah berjaya membuat pembayaran bil elektrik.
- Kemudian anda juga akan terima sms, memberitahu pembayaran telah berjaya. Untuk mencetak resit bayaran, anda boleh klik pada print.
- Jadi anda boleh print resit ini untuk simpan, ataupun anda boleh simpan atau save sahaja.
Anda juga boleh gunakan Bank Islam online banking untuk buat bayaran balik PTPTN, sila baca cara bayar PTPTN guna Bank Islam online ini.
Cara Bayar Bil Air Online Bank Islam
Untuk bayar bil air melalui Bank Islam online banking, step nya sama sahaja.
- Seterusnya bila anda membuat pembayaran bil lain contohnya bil air, anda boleh terus klik pada Make Another Payment.
- Jadi anda ulangi langkah yang sama seperti tadi. Langkah pertama anda pilih akaun bank anda. Seterusnya anda masukkan Amount.
- Payment Method anda pilih Immediate.
- Seterusnya Biller Code anda rujuk dibahagian belakang bil air. Contoh untuk biller codenya ialah 3251.
- Kemudian Ref-1 anda masukkan nombor akaun bil air. Seterusnya Ref-2 anda masukkan nombor telefon bimbit.
- Kemudian anda tick pada I Have Read and Agree. Seterusnya anda tekan Validate.
- Langkah yang kedua anda semak butiran ni, pastikan adalah betul. Kemudian anda klik pada Add to Bill List.
- Langkah seterusnya anda pilih pada Pay.
- Seterusnya anda perlu Request I-access Code. Anda akan terima SMS Nombor Kod, lepas anda dah terima masukkan Nombor I-access Kod tu pada bahagian yang disediakan. Kemudian anda klik Confirm.
- Disini dia keluar status Successful maksudnya anda telah berjaya melakukan pembayaran bil air. Jadi sama seperti tadi, kalo anda nak cetak anda boleh klik butang Print.
- Anda boleh print, kalau tak nak anda boleh Screeshoot sahaja.
- Jika ada bill lain-lain yang anda nak bayar, anda boleh klik pada Make Another Payment. Setelah membuat pembayaran bil elektrik dan bil air, kemudian anda boleh Logout
- Nanti dia akan keluar paparan, You Have Successfully Logged Out. Kemudian di bahagian bawah ni nanti dia akan paparkan butiran dari pembayaran bil anda tadi.
Itu sahaja perkongsian mengenai cara untuk membayar bil elektrik dan air secara online melalui Bank Islam online banking.