Mungkin masih ada yang tak tahu apa itu AEON. AEON ialah kad kredit jenis VISA yang dikeluarkan oleh AEON Credit Service untuk memudahkan pengguna membuat transaksi secara online.
Sekiranya Anda telah membuat transaksi menggunakan AEON, sudah tentu pengguna perlu membuat pembayaran mengikut bil dari AEON.
Pada artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk bayar AEON credit melalui myBSN, so kepada Anda yang nak membuat pembayaran AEON credit dan nak menggunakan myBSN Anda bolehlah follow step yang kami tunjukkan berikut ini.
Cara Bayar AEON Credit Guna BSN
Untuk boleh membuat pembayaran melalui BSN online, sudah tentu Anda perlu mempunyai akaun MyBSN. Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun MyBSN, Anda boleh ikuti step ini.
- Oke untuk permulaan, seperti biasa Anda perlu login dulu akaun myBSN Anda.
- Anda masukkan Username, lepas tu Anda masukkan Password kemudian Anda klik Login.
- Di paparan utama myBSN ni untuk kita membuat pembayaran AEON Credit, Anda perlu klik pada bahagian Payment.
- Lepas tu dekat bahagian Payee Category ni Anda perlu pilih Loan. Lepas tu Anda klik pada AEON Credit Service. Seterusnya Anda perlu klik Submit.
- Pada bahagian From Akaun ni, Anda perlu klik pada no akaun BSN Anda.
- Untuk bahagian Payment To ni Anda perlu klik pada bahagian New Biller.
- Lepas tu pada bahagian Loan Number, Anda perlu taip nombor perjanjian AEON Anda. Anda masukkan Nombor Perjanjian Anda tadi.
- Lalu Anda masukkan Jumlah Wang yang Anda nak bayar. Dan Anda klik Submit.
- Seterusnya Anda perlu mengesahkan transaksi yang Anda nak buat. Dan Anda perlu Request TAC untuk pengesahan tersebut. So Anda klik pada Request TAC, dan seperti biasa no TAC akan dihantar melalui SMS.
- Sila semak sms dan masukkan Nombor TAC tersebut. Lepas tu Anda klik Submit.
- Dan Anda dah pun berjaya membuat pembayaran AEON credit Anda menggunakan myBSN.
- Selesai.
Sekiranya Anda perlukan resit untuk bukti pembayaran, Anda boleh cetak resit transfer BSN melalui MyBSN.
Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa pertanyaan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.
1. Kalau nak bayar semua baki loan sekaligus, adakah auto debit ni tetap tolak dari acc saya lagi walaupun loan dah habis cepat?
Yang tu kami tak pasti, kami rasa elok Anda call customer service AEON credit ye.
2. Kenapa slip gaji saya pakai no acc bank BSN dia jadi huruf tak ye?
Tak pasti pula, maybe untuk keselamatan tu yang dia letak.
3. Number perjanjian tu berbeza ke dengan orang lain?
Berbeza ye, Anda kena double check ye untuk elakkan duit yang Anda bayar tu tersalah bayar kepada orang lain.