Cara Bayar 7E Guna ShopeePay dan Voucher 7-Eleven

Posted on

Kalau Anda selalu shopping dekat 7E, pasti dah biasa dengan macam-macam jenama dan barangan yang ada kat sana kan? Tapi, pernah tak Anda terfikir macam mana nak bayar belian Anda dengan lebih senang dan menjimatkan masa?

Sebenarnya, sekarang ni dah ada cara baru yang Anda boleh guna untuk bayar kat 7E dengan lebih mudah dan praktikal. Cara ni adalah dengan menggunakan ShopeePay dan voucher 7E yang boleh didapati dalam aplikasi Shopee.

Untuk memudahkan Anda, kami nak share beberapa langkah mudah untuk menggunakan ShopeePay dan voucher 7E ni.

Cara Bayar 7E Guna ShopeePay

Cara Bayar 7E Guna ShopeePay

Pertama, Anda kena download dan daftar akaun Shopee dulu. Lepas tu, topupkan akaun ShopeePay Anda dengan duit yang mencukupi.

Lepas tu Anda boleh follow step yang kami kongsikan berikut ni:

  1. Kalo Anda nak bayar dekat 7E, Anda boleh beli Voucher 7E dalam Shopee.
  2. Macam voucher ni dengan harga 1 Sen, Anda boleh dapat discount RM1 bila Anda belanja minimum RM1 dekat 7E.
    Cara Bayar 7E Guna ShopeePay
  3. Untuk beli, Anda tekan sahaja Buy Now dan buat bayaran macam biasa.
    Cara Bayar 7E Guna ShopeePay
  4. Bila Anda dah hadir depan kaunter, Anda buka ShopeePay lepas tu Anda tekan Pay.
    Cara Bayar 7E Guna ShopeePay
  5. Lepas tu Anda tekan Voucher.
    Cara Bayar 7E Guna ShopeePay
  6. Dan pilih Voucher yang Anda beli tadi.
    Cara Bayar 7E Guna ShopeePay
  7. Lepas dah pilih Voucher Anda tunjuk Barcode atau QR Code dekat Kassa.
  8. Nanti Kassa akan Scan dan siap..
    Cara Bayar 7E Guna ShopeePay
  9. Dekat bahagian Payment Details dia akan tunjuk macam ni, sepatutnya dia kena bayar RM4 tapi Anda bayar RM3 sahaja sebab dia ada discount RM1.
    Cara Bayar 7E Guna ShopeePay

Itulah cara mudah dan praktikal untuk bayar belian Anda dekat 7E menggunakan ShopeePay dan voucher 7E. Sebagai pengguna yang rajin shopping dekat 7E, kita memang perlukan cara yang lebih efektif untuk bayar belian kita kan? Kalau nak lebih jimat, Anda boleh beli voucher free shipping Shopee.

Dengan adanya ShopeePay dan voucher 7E ni, kita boleh la jimat masa dan lebih mudah nak bayar belian dekat 7E. Selain tu, kita juga boleh dapat cashback dan diskaun yang menarik. Mana tak menarik kan?

So, kalau Anda nak try cara baru ni, jangan segan-segan la untuk download dan daftar akaun Shopee dulu. Lepas tu, topupkan ShopeePay Anda dan cari voucher 7E dalam aplikasi Shopee. Bila dah beli voucher tu, Anda boleh la gunakan voucher tu untuk bayar belian Anda dekat 7E.

Tak payah nak berebut nak bayar pakai duit tunai, guna ShopeePay dan voucher 7E je. Senang, praktikal dan menjimatkan masa. Jangan lupa untuk selalu rajin-rajin la check voucher 7E dalam aplikasi Shopee sebab kadang-kadang ada promosi yang tak boleh dilepaskan.

Okaylah, harap artikel ni membantu Anda untuk gunakan ShopeePay dan voucher 7E dengan lebih bijak ye.

Soalan Lazim

Soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.

1. Kalau beli barang dekat shopee tu guna payment method 7E, pasti sampai 7E Lepas cashier scan QR code barang tu, boleh ke bayar guna ShopeePay? Ataupun kena guna cash?

Boleh bayar guna ShopeePay.

2. Kalau beli barang dekat shopee bayar dekat 7E guna shopepay duit e-Pemula tu boleh ke bang

Tak boleh. Kalau guna duit selain e-Pemula boleh.