Cara Aktifkan atau Disable Face Verification Touch N Go

Posted on

Anda penah tak mengalami masalah bila nak topup duit dalam akaun Touch ‘n Go eWallet? Mesti Anda sering dengar cerita orang tak boleh topup sebab tak lulus verification kan? Jangan risau, sekarang Touch ‘n Go dah ada face verification.

Apa tu face verification? Senang cerita, ia adalah proses pengesahan identiti Anda menggunakan wajah. Dalam bahasa mudah, Anda kena tunjuk muka Anda dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk memastikan yang Anda betul-betul orang yang sama dengan yang tertera dalam kad pengenalan Anda.

Kenapa Touch ‘n Go buat face verification ni? Sebab proses pengesahan yang lebih ketat boleh membantu mengelakkan penipuan dan aktiviti haram dalam penggunaan Touch ‘n Go eWallet. Jadi, Anda tak perlu risau lagi tentang keselamatan duit dalam akaun eWallet Anda.

So, macam mana nak buat face verification ni? Anda boleh buat face verification dengan mudah melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go

Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go

Sebelum Anda aktifkan face verification touch n go, Anda perlu download aplikasi TNG eWallet di Palystore dan Appstore, lepas tu Anda tengok langkah-langkah berikut:

  1. Untuk Enable Face Verification dalam aplikasi Touch n Go eWallet, Anda buka sahaja aplikasi Touch n Go eWallet.
    Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go
  2. Tunggu sekejap sehingga selesai loading.
  3. Selepas tu, Anda tengok pada atas kanan Anda nampak ada avatar Anda. Tekan pada Avatar Anda disitu.
    Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go
  4. Kemudian Anda tengok pada bahagian bawah ada Menu Settings. Tekan dekat Menu Settings.
    Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go
  5. Lepas tu Anda boleh nampak dekat tengah-tengah tu, dalam menu settings ni Anda boleh nampak ada Use Face Verification.
  6. Jadi Anda boleh Enable Use Face Verification, untuk menggantikan PIN Kod. Untuk Enable Face Verification senang sahaja, Anda tekan pada Slider tu.
    Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go
  7. Lepas tu dia akan tampak status Face Verfication Activated.

Ingat, Anda kena pastikan bahawa gambar muka Anda jelas dan tidak terlalu gelap ataupun terlalu terang. Kalau gambar tak jelas, Anda kena ambil gambar semula.

Selesai, itu lah dia macam mana nak Enable Face Authentication dalam aplikasi Touch N Go eWallet.

Cara Non-Aktifkan Face Verification Touch N Go

Anda boleh disable atau padamkan fungsi face verification dalam akaun Touch ‘n Go eWallet Anda. Caranya pun senang je. Nak tahu macam mana? Anda boleh ikut langkah-langkah berikut ni:

  1. Kalau Anda nak Disable balik Face Authentication tu, Anda tekan balik pada Profil Anda.
    Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go via App Online
  2. Lepas tu Anda masuk semula dekat Settings.
    Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go via App Online
  3. Dan Anda boleh tutup balik lah kalau tak nak pakai Face Verification.
  4. Kalau Anda tak nak pakai Face Verification ni Anda boleh Switch Off balik macam ni.
  5. Lepas tu Anda klik pada bahagian Disable Now.
    Cara Aktifkan Face Verification Touch N Go via App Online

Kini fungsi face verification dalam akaun Touch ‘n Go eWallet Anda dah padam. Anda boleh buat pembayaran tanpa perlu lalui proses face verification lagi.

Tapi Anda kena ingat, padamkan fungsi face verification ni memang memudahkan Anda dalam membuat pembayaran.

Tapi ia juga bermakna risiko keselamatan dalam akaun Touch ‘n Go eWallet Anda meningkat. Jadi, Anda kena pastikan yang akaun Anda ni selamat dan terlindung dengan password/PIN yang kuat.

Jika Anda nak, Anda boleh lock kad Visa Touch N GO untuk tingkatkan keselamatan TNG eWallet Anda.

Jangan lupa juga untuk sentiasa berhati-hati bila menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Pastikan Anda tak terjebak dengan skimming dan penipuan yang menggunakan aplikasi eWallet.

Dengan langkah-langkah keselamatan yang betul, Anda boleh gunakan Touch ‘n Go eWallet dengan tenang dan selesa.