Bank Islam merupakan antara bank terbesar di Malaysia yang mempunyai banyak cawangan dan ATM di seluruh bAndar. Selain itu, Bank Islam mempunyai aplikasi perbankan mudah alih bernama BE U yang memudahkan pelanggan menjalankan pelbagai transaksi kewangan melalui telefon/smartphone.
Salah satu ciri yang terdapat dalam aplikasi BE U ialah fungsi untuk membuka akaun Bank Islam baru secara online. Jika Anda belum mempunyai akaun BE U, Anda boleh memuat turun aplikasi BE U dari Google Play Store atau App Store.
Sekiranya Anda ingin membuka akaun Bank Islam melalui apps BE U, Anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah ni.
Cara Buka Akaun BE U Bank Islam
Untuk membuka akaun Bank Islam guna aplikasi Be U, Anda hanya perlu ikuti sahaja step berikut.
- Pertama sekali, setelah Anda muat turun dan buka apliaksi Be U, pada laman ini, tekan pada butang Proceed yang terletak dibawah.
- Kemudian, tekan pada butang Register untuk mula mendaftar.
- Pada laman ini pula, tekan pada 3 bulatan tersebut sebagai tAnda persetujuan dengan terma dan syarat dari aplikasi ini.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Proceed dibawahnya.
- Seterusnya, pada bahagian ini, Anda hanya perlu menjawab atau isikan beberapa pertanyaan dan maklumat yang diminta seperti nama, nombor telefon, emel, kata laluan dan soalan keselematan.
- Selepas itu, ia memberi Anda pilihan yang diminta seperti nama, nombor telefon, emel, kata laluan dan soalan keselamatan.
- Selepas itu, ia memberi Anda pilihan untuk log masuk menggunakan biometrik atau pun dengan kata laluan tadi.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status pembukaan akaun tersebut.
- Selepas ini, Anda boleh menggunakan aplikasi Be U seperti biasa.
Dengan membuka akaun baharu melalui aplikasi BE U, Anda boleh memiliki akaun bank tanpa perlu terus ke cawangan bank. Selain itu, Anda juga boleh membuat transaksi kewangan secara online.
Sekiranya Anda nak bank in duit ke akaun BE U Bank Islam, Anda boleh ikuti step dalam artikel cara transfer duit ke akaun BE U Bank Islam.
Soalan Lazim
Mungkin pertanyaan dan jawapan berikut ni boleh membantu Anda selesaikan masalah.
1. Saya nak tanya macam mana saya nak bukak akaun baru bagi saya pekerja buruh kasar je, sebab saya ada cuba diorang cakap saya tak dapat bukak akaun sebab saya tak kerja kerajaan?
Anda boleh buka akaun secara online, sila muat turun dan instal aplikasi BE U lepas tu buat pendaftaran.
2. Kalau takde acc bank peribadi (contoh acc: Maybank, BSN, CIMB) boleh tak buka acc Bank Islam?
Tak boleh, kena ada akaun bank lain atas nama sendiri sebab nak guna bank tu untuk deposit.
3. Saya nak guna app ni, tapi saya dah ada Bank Islam dan online banking juga untuk Bank Islam, lepas tu macamana nak guna app ni?
App ni untuk pengguna Be U je. Kalau pengguna Bank Islam kena guna app GO by Bank Islam.
4. Apa beza app Be U dengan Go Bank Islam?
Go by Bank Islam untuk pengguna yang buka akaun di bank. Be U untuk pengguna yang buka akaun online.
5. Kad bank tu dapat macam mana, kena pergi bank ke?
Buat masa sekarang tak dapat kad, mungkin lepas ni akan dapat kad.