PlayStore atau Google Play Store adalah sebuah platform perkhidmatan digital yang dimiliki oleh Google. Platform ini menyediakan pelbagai jenis aplikasi, permainan, buku elektronik, filem, muzik, dan kandungan digital lain untuk digunakan pada peranti Android seperti telefon pintar, tablet dan smart TV.
Untuk mengakses PlayStore, pengguna perlu mempunyai akaun Google dan peranti Android yang disokong. Dalam PlayStore, pengguna boleh mencari aplikasi, permainan atau kandungan digital lain yang diingini dengan mudah menggunakan fungsi carian. Setelah itu, pengguna boleh memuat turun dan memasang aplikasi atau membeli kandungan digital yang dipilih.
Cara Buat Bayaran PlayStore Guna Online Banking
Anda ada pernah terfikir tak macam mana nak buat bayaran di PlayStore? Hari ni, kami nak share dengan Anda cara senang nak buat bayaran di PlayStore guna Bank Islam online.
- Pertama sekali Anda perlu setting pembayaran Anda.
- Klik pada akaun Anda, di atas kanan skrin.
- Lepas tu Anda klik pada Payments and Notifications.
- Seterusnya Anda klik pada Payment Methods.
- So dekat sini Anda boleh Add kan ada Pay with FPX, kemudian Anda tekan.
- Lepas tu Anda pilih Bank Islam untuk membuat bayaran.
- Seterusnya Anda klik pada Payment methods.
- Dan FPX guna Bank Islam Anda tadi akan tertera pada bayaran online Anda.
- So Anda dah set kan, dan Anda boleh bayar guna online banking Anda.
- Lepas tu untuk buat bayaran, Anda set kan pada Top Paid.
- Dan pilih apa apa saja aplikasi yang Anda nak beli. Contohnya kami pilih iQuran, maka Anda tekan iQuran.
- Lepas tu Anda tekan pada RM8.40 untuk beli app tu.
- Sebelah sini dia ada pembayaran FPX, so bila Anda nak guna pembayaran lain Anda tekan je pada butang panah.
- Lepas tu Anda boleh pilih Bank Islam.
- Seterusnya Anda klik dekat 1-tap buy.
- Lepas tu Anda akan automatik layari Bank Islam online banking untuk sahkan pembayaran.
- So Anda masukkan detail semula, Username dan Password Anda.
- Dan cara yang sama juga Anda boleh buat bayaran di aplikasi in-app purchase, so bila Anda guna bayaran pilih FPX. Dan dia akan bawa Anda ke login untuk login ke online banking Anda.
Untuk makluman, PlayStore dah memastikan aplikasi dan permainan yang disediakan adalah selamat. Lepas Anda membuat bayaran guna Bank Islam online, kami nasihatkan Anda untuk check baki Bank Islam untuk melihat sejarah transaksi pembelian.
Itulah cara senang nak buat bayaran di PlayStore. Sekarang Anda boleh beli apa-apa yang Anda nak dengan mudah.