Cara Bank In Duit Ke Akaun Bank Tanpa Kad ATM

Posted on

Adakah Anda pernah berdebar-debar apabila perlu menghantar duit ke akaun bank seseorang dan tidak mempunyai kad ATM untuk melakukan proses itu?

Atau mungkin Anda terlupa membawa kad ATM ketika ingin membuat deposit di mesin ATM?

Jangan risau, sekarang ada cara yang lebih mudah untuk deposit duit tanpa perlu menggunakan kad ATM iaitu dengan menggunakan mesin CDM.

Mesin CDM ni membolehkan Anda untuk mendepositkan wang ke akaun seseorang tanpa perlu menggunakan kad ATM.

Cara ni memang sangat berguna untuk Anda yang terlupa membawa kad ATM atau mungkin kehilangan kad ATM Anda.

Selain itu, dengan deposit wang ke akaun bank tanpa kad ATM, Anda juga boleh melakukan penghantaran wang ke akaun bank seseorang dengan mudah dan pantas.

Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM

Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM

Dalam artikel kali ini kami just kongsikan cara untuk masukkan duit ke akaun melalui mesin ATM tanpa menggunakan kad debit ataupun kad ATM.

So kepada Anda yang tak nak ke kaunter ataupun Anda tidak mempunyai kad debit ataupun kad kredit untuk bank tersebut, Anda bolehlah mendepositkan wang menggunakan mesin ATM dan Anda bolehlah follow step yang kami tunjukkan dalam artikel ni.

  1. Untuk permulaan Anda perlu ke mesin CDM bank yang Anda nak deposit, contohnya kalau Anda nak deposit ke akaun Maybank, Anda perlu ke mesin CDM Maybank.
  2. Tapi kalau Anda nak deposit ke akaun Bank Islam, Anda perlulah ke Mesin CDM Bank Islam.
  3. Kemudian Anda perlu tekan kemana-mana butang di mesin CDM dan Anda perlu pilih Menu Bahasa.
  4. Lepas tu dekat sini Anda perlu pilih Menu CDM.
    Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM
  5. Untuk maklumat Anda semua, mesin CDM tidak menerima Wang Syiling, Wang Kertas yang bernilai RM1, RM2, RM5, ataupun Wang Kertas yang Renyuk dan Buruk.
  6. So, sila pastikan wang yang Anda masukkan tu menepati syarat-syarat yang ditetapkan ni.
  7. Next, dekat sini Anda perlu butang Ya.
    Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM
  8. Dan Anda perlu pilih menu Deposit Wang Tunai.
    Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM
  9. Lepas tu Anda perlu masukkan Nombor Akaun Penerima, kalau Anda nak depositkan wang ke akaun Anda dengan situ Anda perlu masukkan nombor akaun Anda sendiri.
  10. Tapi kalau Anda nak depositkan kepada individu lain, contohnya Anda nak depositkan ke akaun ibu Anda, dekat sini Anda perlu masukkan nombor akaun ibu Anda.
  11. Lepas Anda dah siap masukkan nombor akaun, Anda perlu pilih menu Ya.
    Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM
  12. Lepas tu Anda tunggu sekejap, kemudian nanti dia akan keluar paparan macam ni, Sila pastikan nama pemilik akaun yang dipaparkan adalah betul, kalau dah betul Anda perlu masukkan wang dibahagian yang disediakan.
  13. Lepas tu kalau dah masukkan wang tu, Anda pilih Menu Teruskan.
    Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM
  14. Sekiranya wang yang Anda masukkan tu ada yang lekat mesin CDM akan buka balik wang yang Anda masukkan tadi, sila ambil wang tersebut.
  15. Dan kalau nak tambah balik wang tersebut Anda perlu tekan pada bahagian Tambah Wang.
    Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM
  16. Lepas tu Anda masukkan semula wang tersebut pada bahagian yang sepatutnya dan Anda tekan Teruskan.
  17. Lepas tu sila tunggu sekejap sehinggalah mesin CDM selesai memproses duit Anda.
  18. Dekat paparan yang ini sila pastikan wang yang dipaparkan adalah betul dengan jumlah yang Anda masukkan. Kalau dah betul dan dah cukup, Anda perlu pilih butang Ya.
    Cara Deposit Wang Ke Akaun Tanpa Kad ATM
  19. Dan Anda perlu tunggu sehinggalah resit transaksi yang Anda buat tadi keluar.

Jadi, kalau Anda mencari cara yang lebih mudah dan pantas untuk mendepositkan atau menghantar wang ke akaun bank seseorang, pastikan Anda gunakan mesin CDM je.